Seharusnya jadual kita Di dalam Ramadhan Al-Mubarak sebegini.
- Bersahur ala kadar.
- Solat subuh berjemaah dan meneruskan dengan mathurat serta zikir-zkir pagi.
- Baca Al-quran dan duduk seketika menunggu waktu Isyrak dan bersolatlah dua rakaat. Jika melaksanakannnya seperti melaksanakan haji dan umrah dengan sempurna.
- Kemudian baca dan teliti bahan-bahan Ilmiah.
- Tiba waktu dhuha maka bersegera menunaikannya. Barangsiapa yang menunaikannya ia merupakan solat orang-orang yang bertaubat.
- Bersegera Solat lima waktu dan meneruskan dengan mengiringi solat sunat qabliyyah atau ba'diyyah. jika bekesempatan banyakkan baca Al-Quran.
- Berbuka dengan tidak terlalu banyak makan. kerana akan mengurangi semangat beribadah pada Allah.
- berkumpul dengan rakan-rakan atau ahli keluarga bersolat maghrib dan isya' bersama dan diteruskan dengan tarawikh.
- Jauhi berjaga larut malam dan jadikan malam untuk rehat dan beribadat disiang hari.
- Latih untuk bangun bersahur dan bersolat tahajud. Moga kita dapat beristiqamah di bulan-bulan yang lain.
No comments:
Post a Comment