Tajuk yang diberi " Pendedahan Dunia Fasilitator dan panduan menjadi Fasilitator Islam ". Alhamdulillah ana diberi kekuatan menyiapkan blue print kertas kerja yang agak ringkas. Ana cuba memberikan pendedahan mengenai dunia fasilitator merupakan dunia para dai' menyebarkan dakwah. Ana membawa peserta kembali pada sirah bagaimana Rasulullah mentaa'khikan para sahabat dalam menyebarkan dakwah. Disamping menekan supaya para fasi menyedikan bekalan ruhani untuk terjun dunia dakwah. Iaitu melalui proses tarbiyyah, kemudiannya proses tazkiyyah dan seterusnya proses tasfiyyah untuk pengukuhan jiwa para fasi dan juga sebgai dai'.
Seterusnya teori Fasilitator Islam yang berjaya ialah dengan 10 I :
1- Ikhlas2- Infaq
3-Itqan
4-Iltizam
5-Ihsan
6- Islah
7-Insani
8- ilahi
9-Idea
10-ikhwah
Panduan pula menyatakan sebenar siapa fasilitator iaitu sebagai murrobi, mursyid, muaddib,mua'lim, mudarris dan juga musleh. Seisi terakhir merupakan seisi soal jawab yang lebih kepada memberi ruang fasi memberi respon pada permasalahan.Kebanyakan soalan sekitar bagaimana berdakwah pada madu' yang berlainan agama.
No comments:
Post a Comment