Wednesday, January 5, 2011

ADAB DALAM BERSOAL JAWAB


Rasanya sudah sekian lama terhenti dari bicara di medan ini. bisu dan kelu dari bicara. Untuk hari ini hanya ini mempu di persembahkan untuk tatapan para pembaca. Mari kita selak kembali salah satu hadith Rasulullah SAW : terjemahannya :

Dari Umar Radhiyallahua’nhu juga, katanya : Pada suatu hari sedang kami duduk disisi Rasulullah SAW tiba-tiba datang seorang kepada kami seorang lelaki yang bersangatan putih kainnya, bersangatan hitam rambutnya, tidak kelihatan kepadanya tanda-tanda orang yang sedang dalam perjalanan,dan tidak seorang pun daripada kami yang mengenalinya sehingga dia duduk berdekatan Nabi SAW lalu menyandarkan kedua lututnya dengan kedua lutut Nabi SAW dan meletakkan kedua telapak tangannya ke atas kedua peha Nabi SAW.

Kemudian dia berkata : Hai Muhammad! Khabarkanlah kepadaku darihal Islam.
Maka Nabi SAW menjawab : Islam itu engkau mengakui tiada Tuhan selain Allah dan Bahawasanya pesuruh Allah dan engkau mendirikan solat, dan engkau mendirikan zakat, dan engkau puasa dibulan Ramadhan dan engkau mengerja haji di Baitullah jika engkau berkemampuan kepadanya
Dia berkata : Benarlah engkau ! 
Maka kami tercengang kerana dia bertanya dan dia pula yang membenarkannya.

Katanya lagi :  Maka khabarkan kepadaku darihal Iman
Rasulullah menjawab :  Iman itu ialah bahawa engkau beriman kepada Allah dan MalaikatNya dan segala kitabNya dan para rasulnya dan Hari Kemudian dan engkau beriman kepada taqdir baikNya dan JahatNya.
Ia berkata :  Benarlah engkau!

Kemudian dia bertanya lagi : Maka sekarang khabarkan kepadaku darihal Ihsan
Rasulullah SAW menjawab : Ihsan itu ialah bahawa engkau menyembah Allah seolah-olahnya engkau melihatnya, tetapi jika engkau tidak melihatnya maka sesungguhnya ia melihat engkau.

Akhirnya ia berkata : Maka khabarkan kepadaku darihal kiamat
Rasulullah SAW menjawab : Tidaklah yang daripadanya  lebih tahu dari yang bertanya.
Berkatanya : kalau begitu khabarkan tanda-tandanya sahaja.
Rasulullah SAW menjawab : tanda-tandanya ialah bila hamba-hamba telah melahirkan tuanya, dan engkau melihat orang-orang yang tidak berkasut, tidak berpakaian, miskin, pegembala kambing (berbangga-bangga) menegakkan dan meninggikan binaan.
Kemudian dia pun pergi.

Rasulullah SAW bertanya : Hai Umar! Adakah engkau tahu siapa orang yang bertanya ini?
Kataku : Allah dan RasulNya yang lebih tahu.
Rasulullah SAW berkata : Sesungguhnya itulah dia Jibril yang datang kepada kamu untuk mengajar agama kamu.


Nilai hadith ini amat tinggi kerana ada banyak kepentingannya pada ibadat, keimanan dan hukum-hukum serta displin akhlak. Secara ringkasnya apa yang diceritakan oleh Saydina Umar RA ini menunjukkan agama itu terdiri Islam, Iman dan Ihsan serta Allah mengingatkan kita mengenai amalan itu akan dihisab, maka persediaan haruslah dilaksanakan. Mungkin akhi telah mengetahui darihal isi kandungan hadith ini. Tetapi ana ingin berkongsi KAEDAH PEMBELAJARAN yang telah dipraktiskan oleh Jibril, Rasulullah SAW dan Saydina Umar.

KAEDAH PERTAMA :

˜      Dalam proses menuntut ilmu kita yang harus menanti dengan sabar yang orang yang memberi Ilmu. Apabila berada dalam proses menuntut ilmu maka adab dan displin ilmu kita harus jaga dengan mulia seperti yang dilakukan oleh para sahabat. Penuntut ilmu harus kemas dan rapi di mana jua ia berada. Saling menjaga supaya tidak menyakiti antara penutut ilmu dengan pengajar ilmu

KAEDAH KEDUA :

˜      Kaedah pembelajaran dan pengajaran mesti dua hala atau lebih tepatnya bersoal jawab atau bermuzakaroh.
˜      Kebiasaannya PERSOALAN diutarakan atas beberapa perkara :
1.      mengajar tentang sesuatu- jibril tanya kepada Rasulullah untuk mengajar
2.      mengetahui mengenai sesuatu – persoalan yang ditanya oleh Jibril mengenai kiamat, Rasulullah kembalikan persolan itu kepada Jibril.
3.      memberitahu sesuatu perkara – Rasulullah SAW tanya Saydina Umar untuk memberitahu

KAEDAH KETIGA :
˜      Jika seorang yang berilmu itu ditanya kepada perkara hukum atau hal agama yang dia tidak ketahui, jawapannya dengan cara yang baik-baik dan benar serta berterus terang bahawa dia tidak tahu. Dan janganlah dia memberi jawapan yang mengelirukan untuk menutup kekurangan ilmunya.

Moga hadith ini memberikan suatu pengajaran buat kita yang sentiasa lalai dalam penyusuri jalan dakwah ini. 

Prepared By : Ummuazkiya

No comments:

Post a Comment