Saturday, June 20, 2009

Bismillahirahmanirrahim............


Sudah sekian lama ana tidak menjengah warkah cyber ini. Tika ana mencoret tinta ini, semalaman ana berfikir mengenai,
Sabda Rasulullah S.A.W " Tiada beriman seorang kamu hingga dia mencintai untuk saudaranya apa yang ia cintai untuk dirinya."


Jika dilihat pada susana hari ini kita semakin renggang dalam mengeratkan tali sillaturrahim dan kasih sayang. Kita makin hari sibuk berkomunikasi dengan pelbagai lapisan masyarakat tapi kita tidak berusaha berkomunikasi dengan ajaran Islam. Beradab dab bersantun. Dalam hadith ini Rasullah menyebut kesempurnaan iman seseorang dan kecintai seorang mukmin terhadap saudaranya. Cinta yang didasari oleh agama bukan kepada perikemanusiaan semata-mata.


Dengan saling mencintai satu sama lain antara mukmin akan mengekalkan kita dalam Islam dan kembali meneguhkan kita dalam iman. Cinta iti membawa kepada perolehi kebaikan dan manfaat untuk individu dan Islam itu sendiri. Bahkan ia merupakan fitrah kemanusiaan.
InsyaAllah ana akan sambung lagi perbincangan ini.........

Monday, June 8, 2009

Anak Kecil...

Baru-baru ini ana menziarah ibu saudara, adik perempuan ayahanda ana. Pulang melihat anak kecil yang betah berkata-kata. Nadiah Firzanah, anak kecil yang sangat mulus dan jujur. Ibu Firzanah bakal melahirkan cahaya mata. Ana bertanyakan Firzanah sama ada menyukai kelahiran adiknya di suatu petang

" Anah, suka adik tak ? "

Firzanah mengangguk perlahan. " sebab apa Anah suka adik ?"

" Anah suka sebab............. adik boleh bagi semua orang seronok"
gembira barangkali, detik hati kecilku.

Seronok dan amat gembira ana melihat telatah cergasnya. Setiap kali kami bertemu dia wajib menyalami tanganku dan menciumi pipiku. Terasa benar kasih sayang anak kecil ini. Memeluk ana dengan akrab sekali. Mulutnya yang berceloteh bagai bertih jagung tanya itu dan ini menyebabkan ana tersenyum girang melihat tamsilan tarbiyyah ibunya. Bukan Firzanah sahaja cukup beradab dalam menjaga pergaulan begitu juga kakak dan abangnya, Izzatul Huda dan Izzuddin. Inilah tamsilam tarbiyyah seorang Ibu yang solehah dalam mendidik anak-anak mata rantai perjuangan Rasulullah. S.A.W.