Sunday, March 21, 2010

Da'i Insani

   Pada minggu lepas 17 Mac ana telah diminta untuk turun memberikan ceramah kepada Fasilitator yang telah diberi tauliah oleh Majlis Perwakilan Mahasiswa. Sebenarnya slot yang ana kendalikan diisi oleh Cikgu Sukarno, guru yang tidak asing lagi dari dunia fasilitator. Tetapi di saat-saat akhir beliau tidak dapat hadir. Pada petang sebelum hari program berlangsung adhoc menghubungi ana untuk mengisi slot tersebut. Pada awalnya ana menolak, kerana keadaan ana yang masih kurang stabil disebabkan demam, batuk dan selsema yang masih bersisa. Suara pun masih serak-serak. Ada orang kata suara bertukar menjadi suara itik dan ada yang kata pulak dah jadi suara mini mouse. Lucu pulak bila mengingatkan.

    Tajuk yang diberi " Pendedahan Dunia Fasilitator dan panduan menjadi Fasilitator Islam ". Alhamdulillah ana diberi kekuatan menyiapkan blue print kertas kerja yang agak ringkas. Ana cuba memberikan pendedahan mengenai dunia fasilitator merupakan dunia para dai' menyebarkan dakwah. Ana membawa peserta kembali pada sirah bagaimana Rasulullah mentaa'khikan para sahabat dalam menyebarkan dakwah. Disamping menekan supaya para fasi menyedikan bekalan ruhani untuk terjun dunia dakwah. Iaitu melalui proses tarbiyyah, kemudiannya proses tazkiyyah dan seterusnya proses tasfiyyah untuk pengukuhan jiwa para fasi dan juga sebgai dai'. 

Seterusnya teori Fasilitator Islam yang berjaya ialah dengan 10 I :
1- Ikhlas
2- Infaq
3-Itqan
4-Iltizam
5-Ihsan
6- Islah
7-Insani
8- ilahi
9-Idea
10-ikhwah

Panduan pula menyatakan sebenar siapa fasilitator iaitu sebagai murrobi, mursyid, muaddib,mua'lim, mudarris dan juga musleh. Seisi terakhir merupakan seisi soal jawab yang lebih kepada memberi ruang fasi memberi respon pada permasalahan.Kebanyakan soalan sekitar bagaimana berdakwah pada madu' yang berlainan agama.

Monday, March 8, 2010

Sebenarnya sudah sekian lama ingin ana coretkan sesuatu untuk tatapan kita bersama sempena Sambutan Kelahiran Rasulullah SAW. Bayak post sahabat sahabiyyah yang berbicara mengenai Rasulullah dan susuk peribadinya dan jalan risalah yang di bawa oleh baginda.

             Suatu malam, dalam bulan ini. Jiwa ana tercari-cari sesuatu untuk dijadika azimat motivasi diri yang serba kelemahan ini. Tika itu ana dirundung keletihan perasaan dan fizikal yang tidak dapat ana gambarkan. Seperti hilang citarasa serta semangat. Ana terus lontar bicara sama ayahanda yang ana cintai sepanjang hayat dunia dan akhirat. Ayahanda bicara penuh hikmah, memceritakan perjalanan-perjalanan perjuangannya diusia remaja yang seusia diri ana kini. Perjalanan yang berbeza dengan ana kini. Zaman yang berbeza, cara yang berbeza, mungkin juga kerana ana hanya seorang remaja perempuan yang kerdil tetapi berjiwa besar menakluki dunia dengan air tangan didikan ana. Harap menjadi realiti pada sustu masa nanti. Kalamnya menyentuh jiwa ana, bagai ingin putar kembali zamannya bertingkah di pentas mahasiswa. Ayahanda punyai qudwah yang amat ana kagumi tanpa ana sedari. Alangkah bahagianya ummi dikurniakan mujahid pejuang seperti ayahanda. Bukan ingin memuja tetapi inilah realiti yang ana lalui. Dalam bicara fikiran ana terus dibawa mengenali susuk tubuh peribadi Baginda. Ana tiba beralih arah kepada pengkisahan hidup Saydatina Khadijah Bintu Khuwailid yang digelar At-thahirah. Malam makin larut, ayahanda sudah tampak keletihan seharian diperjuangan. Sebelum tidur ana sediakan secawan susu untuk mengalas perut ayahanda agar tidur lebih selesa.

Agar ana tidak kesunyian ana pinta sebuah buku pada ayahanda untuk menjadi teman ana sebelum ana melelapkan mata. Ayahanda memberikan buku " The LOve stOry of Saydatina Khadijah ". ana baca ppenuh kekhusyukkan tanpa menyedari malam menjelang subuh. Jam menunujukkan 6 pagi.

Ana sempat mengkaji dan meneliti beberapa perkara mengenai Saydatina Khadijah :

  1. Mengapa Allah telah menetapkan Saydatina Khadijah menjadi Rasulullah SAw? Sedangkan ramai perawan tika itu yang meminati Rasulullah dan Khadijah juga ramai yang meminangnya ketika telah menjadi janda.
  2. Bagaimana percaturan muqaddimah khitbah yang telah Allah susun Pernikahan Khadijah yang begitu mulia dengan penuh ketatasusilaan dan diangkat menjadi ummul mukminun?
  3. Di usia 40 an bagaimana Saydatina Khadijah Menjaga kesihatan? Sehinggakan mampu melahirkan anak diusia 50 an. sungguh menakjubkan.
  4. Mengapa Rasulullah amat mencintai Saydatina Khadijah?
  5. Adakah masih ada akhlak semulia khadijah sebagai isteri pada dunia hari ini?
Insyaallah pada post akan datang ana akan kongsi bersama  mengenai Sayydatina Khadijah. sebelum mengakhiri cebisan coretan ini, ana susuli dengan bicara naluri ana :

Tatkala hati berlabuh kerinduan,
Kerinduan pada seorang lelaki yang aku cintai,
Biarlah apa bicara manusia,
Sememangnya rindu ini tidak dapat ku bendung,
air mata deras mengalir, rindu tidak tertahan,
menahan sakitnya rindu,
Rindu pada suami Saydatina Khadijah yang aku kagumi,

Aku dibelenggu kerinduan bayangan suaminya dan dia,
Indahnya dia bersama lelaki ini, bertuah dia
Menjadi isteri kepada penghulu Kenabian
Isteri penyampai Risalah Islam,
Menjadi Ibu yang penuh mengerti,
Kasish sayang yang tidak ada batasan,
Malah cintanya dan kasihnya makin mendalam sehingga hari ini,
Makin menikam hati seorang suami yang Yatim Piatu
sehingga Aisyah menjadi cemburu.
Dengan kasih yang diburu.

nukilan 5.00 pagi
Desa Tumpangan Permai

.....Anak Sulong SIMURA '10....

Alhamdulillah ana bernafas lega bila Program SIMURA selesai dilaksanakan dengan jayanya. Hampir 2 bulan bertungkus lumus bergelumang dengan team Simura merancang, menyusun, mengatur strategi dan memastikan program berjalan mengikut perancangan. Walaupun perancangan telah disusun dengan rapi masih ada masalah yang timbul disaat akhir. Itulah lumrah berprogram. Masa ini emosi dan rasional akan diuji. Tema program kali ini berbentuk Siyasah Syari'yyah. Suatu pendedahan dari pelagai sudut.

        Pada malam pertama diadakan Forum yang membincangkan kepimpinan Mahasiswa Islam. Hati ana agak berdebar dengan respon Penonton pada malam itu.Jumlah kehadiran amat membimbangkan kami team SIMURA. A'lakullihal malam tersebut jalinan perbahasan antara panelis cukup memberi input yang manfaat dari pelbagai sudut pandang pengalaman dan pengetahuan mereka. Penjelasan cukup ringkas, padat dan berisi penuh makna.

       Suasana makin panas bila terjahan ucaptama yang berapi dari Ahli Parlimen yang tidak asing lagi di tanah air. Beliau menyampaikan realiti Politik semasa negara. Ucapannya yang penuh semangat menjadi kita rasa berkobar-kobar menjadi generasi kepimpinan pelapis negara. Seterusnya slot bersama Pengarah Urusan HPA, yang memberikan pendedahan menjana ekonomi kemandirian mahasiswa islam. Slot seterusnya, Pendedahan Cikgu Azmi mengenai kepimpinan mahasiswa suatu masa dahulu memberikan kesedaran pada mahasiswa kini bahawa perubahan sesebuah negara letaknya pada tangan-tangan mahasiswa kerana segala langkah mahasiswa berani dan penuh dengan idealisme. Beliau juga turut men dedahkan bagaimana perancangan Yahudi mempengaruhi mahasiswa dalam gerakan mereka yang cukup teliti dan rahsia. Kemuncaknya sesi pembentangan oleh Saudara Dzulkhairi yang membincang tindakan mahasiswa dalam menguruskan kepimpinan masing-masing.

      SIMURA kali ini bagai kehadiran anak sulong yang disambut penuh kegembiraan bagi mahasiswa wilayah utara. Kehadiarannya banyak persediaan yang tidak dapat dilaksanakan. Munkin kehadiran anak kedua nanti lebih perlu teliti dan berhati-hati dalam mengurus dan perlu dilunasi lebih awal pada masa akan datang. Sambutan anak sulong ini membuahkan hasil yang memberi momentum yang besar pada gerakan mahasiswa kini. Maka mahasiswa yang bertanggungjawab perlu memikirkan kehadiran anak kedua yang berbeza metodelogi pelaksanaan program. Mungkin lebih kepada operasi membedah pemikiran dan strategi tokoh terkemuka seperti Bill Clinton, Barrack Obama, Muhammad Al-Fateh, Nuruddin Az-Zanki, Solehuddin Ayyubi, Umar Mukhtar, Zaynab Al-Ghazali. Maryam Jameelah dan ramai lagi, sama ada tokoh-tokoh luar negara atau dalam negara seperti SYed Naquib al-attas,Syeikh Wan Muhammad Saghir, Dr Wan Daud, Dr Burhanuddin Helmi, Syeikh Yusof Rawa dan ramai lagi. Dengan ini mungkin akan memberi pengembangan intelek yang lebih baik dan cemerlang.

Mungkin anda juga perlu lakukan sesuatu untuk sahabat-sahabat anda!
Tahniah team SIMURA kali ini..moga Allah sahaja yang dapat membalas segalanya.