Sunday, April 10, 2011

Saya Buta, Bisu dan pekak

         Pasti pengunjung tertanya-tanya apa yang dimaksudkan dengan pepatah " jiwa bergantung dihujung rambut". Pepatah ini jarang-jarang kita dengar. Maksudnya seseorang itu sentiasa dalam keadaan yang tidak keruan. jika difahami masakan mustahil jiwa boleh berada dihujung rambut inilah tamsilam alam melayu yang penuh berbahasa. Cerita hari ini, saya jadi tidak keruan bila perlu keluar rumah keseorangan hanya yang berteman raqib dan a'tib serta iman. Saya jadi gusar kerana saya seorang yang buta, pekak dan bisu. 

             Pasti pelik siapa yang pernah mengenali saya dengan alasan saya buta, pekak dan bisu. tapi itulah hakikat yang saya sedng lalui saat saya berpisah jauh dari tanah air dan orang tercinta. Jika dahulu saya di Malaysia saya celik dan cergas, peka dan tidak leka, bertutur dengan bijaksana. Kini segalanya hilang. Saya berharap nikmat itu dikembalikan semula. Saya buta kerana saya masih tidak nampak dan tahu selok belok jalan disekitar tempat saya tinggal, apatah lagi mahu ke daerah lain seperti Iskandariah, Mansurah dan beberapa daerah atau mahafazah lain yang tidak saya sebutkan. Bila teman dan kenalan untuk ajak ke luar daerah pasti saya akan  mengenakan syarat kepada mereka bahawa "mereka mesti menjadi tongkat saya kerana saya buta yang boleh melihat". Bila saya mengenakan syarat begitu mereka ketawa. kerana mereka tahu saya memang tidak biasa dengan jalan ke tempat mereka. ketika itu saya hanya mampu tersenyum. Sudahlah buta, saya ini pekak lah pulak, saya hanya dapat mendengar "dengan baik" jika bahasa pertuturan itu adalah bahasa ibunda saya atau Bahasa Arab Fushah, jika a'miyyah atau loghat kampung arab tiba-tiba telinga saya pekak tidak mendengar lebih malang lagi saya tidak memahaminya, hanya saya mampu menggunakan bahasa isyarat seperti orang pekak. Saya masih boleh tersenyum walau saya pekak. Alangkah malang lagi nasib saya kerana saya kadangkala menjadi bisu seribu bahasa oleh kerana tidak memahami bahasa masyarakat disini. 

            Walaupun saya BUTA, BISU DAN PEKAK saya tetap punya rakan dari pelbagai negara seperti RUSIA, KAZAKHTAN dan CHINA. Teman rapat saya dari China, Nafisah namanya atau nama negaranya Nana. dia tetap mahu bersahabat dengan saya walaupun saya buta, bisu dan pekak kerana ketika bersamanya buta, bisu dan pekak saya terus hilang dibawa entah kemana. Bersama Nafisah saya boleh bergurau senda dan berbicara seperti manusia biasa. Dengan dia juga saya meluahkan segala rasa dan perasaan saya ketika berada di bumi Anbiya ini. 

            Saya berazam sedaya upaya tidak lagi mahu menjadi Srikandi yang buta, pekak dan bisu. Saya harus perkasa menjadi lebih baik dengan memberani diri belajar dan terus belajar. Bahasa amat penting kerana medan komunikasi. Sahabat, teman dan saudara amat penting dalam hidup kerana merekalah yang akan menjadikan saya CELIK, MENDENGAR dan BERTUTUR dengan baik. :)

Saturday, April 9, 2011

Bangun dari Pembaringan..

Setelah sekian lama terlena dipembaringan, kelu lidah dalam bicara, bungkam dalam sukma, jiwa terendam dalam kedukaan, fikrah tercalar dengan pengasingan. Kini bangun merentas masa, mengendali jiwa kembali terarah, mencanai minda menyebar tsaqafah, mengalun  langkah dengan semangat permusafiran.


Saya bersyukur, permusafiran saya telah mengembalikan jiwa saya dan diri saya. Permusafiran buat saya membuka mata, menghidupkan mata hati yang tumpul dan mengembang minda saya yang  sesak tidak bernyawa. Lantaran lena yang panjang saya bertaubat, akal yang dianugerahkan Allah akan saya bajai dengan hikmah, bukan dibuai angan dan impian yang tiada penghujung. Hanya berpandu nafsu yang merosakkan,  yang menghilangkan kewarasan, yang mengaibkan kelakuan dan pertuturan. Saya tidak mahu menjadi manusia sebagaimana terpandang hinanya anjing kurap dijalanan. Saya bukan mahu jadi mulia tapi mahu jadi sebaik-sebaik ciptaan Tuhan untuk menghina diri hanya untuknya, berbakti abdi selamanya hanya untukNya. Bukan menagih Syurga ganjaranNya tapi hanya menagih belaian Kasih Sayangnya yang tidak pernah padam.


Saya kembali mahu bicara, bicara dari pengalaman dan pengamatan. Berkongsi rasa dan rahsia. Mengikat ukhuwwah fillah. Menjadi yang lemah kuat laksana gunung terpasak kemas dibumi. Mengintai 1001 Hikmah di alam ciptaan Allah.