Friday, August 26, 2011

Perginya Seorang Karyawan dan sasterwan

Allahyarham Haji Azizi meninggal dunia akibat sakit jantung setelah lebih enam bulan dirawat di hospital berkenaan.
"Mandala Dunia Kedua yang diterbitkan bersama PTS Litera Utama mungkin karya terakhir yang ditulis oleh Ustaz Azizi Hj Abdullah," jelas Pengurus Tuan Rohidzir Rais kepada wakil media PTS.
Menurut Tuan Rohidzir Rais, novel Mandala Dunia Kedua ini ditulis sebahagiannya ketika Allahyarham Azizi berada di hospital.
"Saya terharu apabila dalam perbualan telefon, ustaz menyatakan yang dia menyerahkan sepenuhnya kepada saya bagi menguruskan novel ini. Kepercayaan besar yang diberikan ini sangat menyentuh hati saya," ujar Tuan Rohidzir lanjut.
Novel yang akan diterbitkan pada pertengahan bulan hadapan ini sudah dipruf sendiri oleh Allahyarham Azizi Haji Abdullah sendiri sepanjang beliau berada di hospital.
Tuan Rohidzir menjelaskan, hakikatnya kebanjiran novel Islami dalam pasaran di Malaysia serta dari PTS Litera Utama adalah buah ranum yang terhasil daripada Ustaz Azizi yang terlebih dahulu membajak tanah, menanam benih dan menyiram novel Islami ini dalam karyanya.
"Mungkin ada yang menolaknya dan mengaitkan kebangkitan ini dengan Habiburrahman dari seberang. Sedangkan Ustaz Azizi sudah lama memperjuangkan konsep halal dan haram penerbitan dalam karya-karya beliau. Perjuangan tauhid dan Tuhan sudah sinonim dengan karya beliau. Lebih menggagumkan lagi, novel-novel tauhid ini dihasilkan ketika dunia sastera Malaysia pada ketika itu sedang mabuk dengan teori barat yang menghalalkan segalanya atas nama seni," kata Tuan Rohidzir lagi.


dipetik dari berita PTS
Ramadhan yang bercaya makin terasa bahang untuk meninggalkan kita. Jika suatu ketika dahulu bahang ini ditangisi oleh para salafusoleh. Bulan ini merupa pesta ibadah bagi mereka yang sedang merendam Rindu dengan kekasihnya Robbul Jalil.

" Ya Allah, jadikan kami tetamu Ramdahan yang mendapat rahmat dan maghfiraahmu, pertemukan kami dengan ramadahan akan datang"

Thursday, August 4, 2011

Permusafiran Ramadhan

Alhamdulillah kali ini masih dikurnikan nikmat iman dan Islam. Permusafiran kali ini sememangnya mencabar iman dan amal saat ini. Sabar dengan karenah Ramadhan yang mahu mendidik nafsu menjadi taat dan patuh perintah Allah. Kini akal dan iman peneman diperjuangan melawan musuh nafsu. Nafsu yang sekian lama dibuai kelalai dalam jiwa. Dialah yang memalit segala noda. Walaupun begitu akal dan iman masih bertahan berjuanga hingga ke saat ini terus bertarung mencapai Nafsu Muthmainnah walaupun sukar maha payah.

Kesekian kali kita kembali menyambut Ramadhan Karem, dengan menahan diri dari makan dan minum serta perkara yang membatalkan puasa dan juga yang merosakkan jiwa. Indahnya Ramadhan akan dapat rasai bagi jiwa benar-benarnya menyambutnya dengan jiwa yang tenang dan berlapang dada. Bahkan mereka mengimarahkan Ramadhan dengan memulikankannya dengan syiar Ramadhan iaitu puasa disiang hari, membaca al-quran setiap ketika, beramal dengan doa yang khusus dan sedaya upaya beramal dengan Sunnah Nabawiyyah yang mulia. Seandainya syiar ini terus dipraktikkan dalam kehidupan harian setelah Ramdhan ia akan membuahkan hasil lumayan pada individu Muslim. Hasilannya mereka menjadi Insan yang bertaqwa dengan penuh ghashyah pada Allah. Bahkan sinaran ketaqwaan mereka akan tersirna pada ummah seluruhnya. Semoga permusafiran saya pada Ramadhan dibumi anbiya ini akan memberi ibrah dan kebaikan pada diri dan ummah sejagat.