Friday, November 6, 2009

Imtihan dalam imtihan

Musim peperiksaan kali ini tidak ada bezanya seperti semester yang lepas. Cuma pada kali ini ana bersama adik-adik yang sentiasa ceria. Ada saja kelaku mereka yang mencuit hati ana. Kadang resah ana hilang bila bersama mereka. Kadang bebanan tugas dan tanggungjawab yang digalas mengundang keletihan dan keresahan tetapi bila pulang ke kamar 5-3 segalanya hilang. Bagaikan terbang di bawa angin lalu. Tampak juga betapa kukuh ukhuwwah yang terbina antara adik-adiku ini yang datang dari pelbagai jurusan sama ada dari pengajian Islam dan muamalat. Orang kata kalau berkehendakkan suatu itu nyata kukuh atau tidak perlu diuji.

Nyata teruji. Hari ini ana dan adik-adik di bilik ana hadapi peperiksaan serentak. Pada hari-hari yang lepas jadual peperiksaan kami tidak bertemu hari. Maka malam hari tidak semeriah semalam. Setiap malam sepanjang peperiksaan ada yang berjaga hingga ke awal pagi. Seperti bergilir-gilir berhirasah pula lagak mereka. Malam hari sebelum peperiksaan hari ini, kamar yang memuatkan seramai 12 orang bagaikan berpesta. Bila diteliti suasana bilik seperti siang  hari, sentiasa penuh dengan suara hafalan atau perbincangan. Macam-macam pula karenah mereka. tapi mereka tetap ceria. Cuma ana yang tidak boleh hadapi suasana " keceriaan" mereka. Dari pembaringan ana terus bangun membasuh muka. Jam menunjukkan 1.00 pagi. Ana baru terlelap kira-kira setengah jam. Keceriaan mereka buat ana terjaga. Ana juga turut sama-sama memnelaah buku.

Sesak juga kepala ana bila tidak dapat tidur yang efisen. Tawakal A'lallah bila terpaksa hadapi keadaan seperti ini. Setelah jam menunjukkan jam 3 pagi ana makin keletihan dan sesak dikepala kian bertambah, bukan kerana terlalu banyak menelaah tetapi kerana badan dan mata yang tidak rehat dengan sebaiknya. Tiba-tiba bilik jadi sunyi sepi. rupanya semua telah beriringan membawa diri ke bahtera keehatan. ana yang sedia kekuyuan terus meletakkan kepala pada sendal yang telah menjadi teman selama 3 tahun setengah di pusat pengajian. Lega rasa bila boleh merehatkan badan dan minda. Moga semua beroleh kejayaan. Amen

Wednesday, November 4, 2009

Tinta Sanubari untuk Nenda

Rasa keras sudah jari jemari ini untuk menulis. Sekian lama tidak mengupdate ruangan ini. Sekarang ini dalam fatrah genting (bagi yang rasa genting la) bagi mahasiswi seperti ana yang bergelut dengan larian terakhir sebelum menterjemah apa yang dipelajari ke ruangan peperiksaan akhir semester. Hakikatnya peperiksaan hanya untuk menilai dan bermuhasabah awal kepada kita agar terus berusaha menuntut ilmu dan beramal dengan Ilmu.


Jika sebut tentang ilmu, pelbagai pandangan dan perbahasan yang akan dibincangkan sama ada dari sudut positif atau negatif. Sebenarnya belajar bukan kiraan semester sahaja tetapi kiraan tiap saat dalam hidup kita. Bermula kita mengenali hakikat dunia, dari celik-celik, merangkak, bertatih, berjalan dan berlari semuanya kita lalui mulai proses belajar. Dalam hidup ana guru pertama ialah bonda tercinta ana. Disamping ayahanda dan nenda tercinta ana. Dengan merekalah ana mengenali matlamat hidup ana.

Bagaimana payah kehidupan ana di masa lalu dan masa kini, merekalah corong nasihat yang sering menyinggah di telinga dan sanubari ana. Semeter ana melangkah seribu kilometer bekalan pesanan dan nasihat untuk ana. Sejauh mana ana berlari sejauh itu mereka terus memerhati dan menasihati. Setinggi mana ana terbang melangit tinggi, setinggi itulah alunan kata-kata hikmah akan singgah dan menyentap hati ana.  Betapa kuatnya talian kasih yang mereka tebarkan pada ana, walau jauh mana ana berada hati ana tetap terikat dengan nasihat dan kalungan mutiara indah dari mereka.

Jiwa remaja mana tidak memberontak jika ditegur, semestinya akan melenting hangus. Kita akan rasa semua yang kita buat betul tapi sebenarnya bendul. Kita menilai sesuatu tika itu hanya perkara depan mata tidak melihat perkara jauh beribu batu dari pandangan. Itulah panahan orang tua dalam jiwa remaja.

Nenda Aishah yang banyak mengasuh ana menjadi insan kamil walaupun ana tidak sesempurna. Tiap kali mengunjunginya ada sahaja buah tangan akhlak yang nenda zaherkan tanpa ana sedari. Didikan nenda buat ana jadi manusia. Nenda hanya perempuan tua renta, tetapi jiwanya muda murni dengan Al-Quran. Dia juga guru Quran ana tika ana kanak-kanak kecil. Dulu ana selalu menangis bila membaca Quran depannya, bukan kerana malas tapi kerana terkesan teguran kerasnya ketika kesilapan ana dalam bacaan. Rotan sedia di tangan. Bukan untuk merotan tapi hanya untuk dijadikan penunjuk pada Quran ana.

Sepanjang penglihatan ana di bawah jagaan dan didikannya tidak pernah sekali dia meninggalkan bacaan Al-Qurannya selepas maghrib. Rupanya kerasnya ada hikmah. Baris-baris ayat yang nenda ajarkan ana terkenang hingga kini. Seperti Baru semalam mengaji dengan nenda. Rindu pula ingin mengaji dengan nenda. Nenda seorang yang penyayang. Jika ada buah-buah atau apa sahaja makanan yang dibeli nenda Hussin atau anak-anak nenda beli, pasti nenda akan simpan untuk sesiapa anak cucu yang tidak makan lagi. Katanya " simpan-simpan untuk orang dibelakang" Ingat dia pada semua. Tidak lupa seorang pun anak-anak dan cucu-cucunya. Jika hendak, teringin benar coretkan semua renca dan peristiwa dengan nenda. Kenangan bersama nenda tidak dapat cucunda lupakan dalam sanubari. 



Tahniah nenda mendapat cucu lagi! Sekarang telah punya 35 cucu 1 cicit. mungkin cicit akan bertambah setahun dua lagi. Doa moga nenda Aishah dan Nenda Muhammad Hussin sihat dan terus mentarbiyyah cucunda yang makin membesar dan nakal-nakal.(rasa ingin terus bersama nenda dalam membentuk diri menjadi diri seperti nenda)


SEKEPING HATI

Bicara hati :


Wahai Diri !


Mengapa sukar sekali mendidikmu.


Sukar benar..





Bicara diri :


Wahai HATI!


kau tahu mengapa kau sukar dididik?





Bicara HATI:


Wahai Diri!


Aku tidak tahu.





Wahai hati!


Kamu tidaK mengenal sebenar dirimu.


Hati dan diri

kamu berdua tidak boleh dipisahkan kerana kamu  dalam satu jasad
Hanya yang dapat pisahkan kamu adalah Ajal dan Maut
Maka jangan kamu berdegilmenerima kebenaran..
tenang dan akuilah kesilapanmu
jangan turutkan nafsumu