Friday, November 6, 2009

Imtihan dalam imtihan

Musim peperiksaan kali ini tidak ada bezanya seperti semester yang lepas. Cuma pada kali ini ana bersama adik-adik yang sentiasa ceria. Ada saja kelaku mereka yang mencuit hati ana. Kadang resah ana hilang bila bersama mereka. Kadang bebanan tugas dan tanggungjawab yang digalas mengundang keletihan dan keresahan tetapi bila pulang ke kamar 5-3 segalanya hilang. Bagaikan terbang di bawa angin lalu. Tampak juga betapa kukuh ukhuwwah yang terbina antara adik-adiku ini yang datang dari pelbagai jurusan sama ada dari pengajian Islam dan muamalat. Orang kata kalau berkehendakkan suatu itu nyata kukuh atau tidak perlu diuji.

Nyata teruji. Hari ini ana dan adik-adik di bilik ana hadapi peperiksaan serentak. Pada hari-hari yang lepas jadual peperiksaan kami tidak bertemu hari. Maka malam hari tidak semeriah semalam. Setiap malam sepanjang peperiksaan ada yang berjaga hingga ke awal pagi. Seperti bergilir-gilir berhirasah pula lagak mereka. Malam hari sebelum peperiksaan hari ini, kamar yang memuatkan seramai 12 orang bagaikan berpesta. Bila diteliti suasana bilik seperti siang  hari, sentiasa penuh dengan suara hafalan atau perbincangan. Macam-macam pula karenah mereka. tapi mereka tetap ceria. Cuma ana yang tidak boleh hadapi suasana " keceriaan" mereka. Dari pembaringan ana terus bangun membasuh muka. Jam menunjukkan 1.00 pagi. Ana baru terlelap kira-kira setengah jam. Keceriaan mereka buat ana terjaga. Ana juga turut sama-sama memnelaah buku.

Sesak juga kepala ana bila tidak dapat tidur yang efisen. Tawakal A'lallah bila terpaksa hadapi keadaan seperti ini. Setelah jam menunjukkan jam 3 pagi ana makin keletihan dan sesak dikepala kian bertambah, bukan kerana terlalu banyak menelaah tetapi kerana badan dan mata yang tidak rehat dengan sebaiknya. Tiba-tiba bilik jadi sunyi sepi. rupanya semua telah beriringan membawa diri ke bahtera keehatan. ana yang sedia kekuyuan terus meletakkan kepala pada sendal yang telah menjadi teman selama 3 tahun setengah di pusat pengajian. Lega rasa bila boleh merehatkan badan dan minda. Moga semua beroleh kejayaan. Amen

No comments:

Post a Comment