Alhamdulillah kali ini masih dikurnikan nikmat iman dan Islam. Permusafiran kali ini sememangnya mencabar iman dan amal saat ini. Sabar dengan karenah Ramadhan yang mahu mendidik nafsu menjadi taat dan patuh perintah Allah. Kini akal dan iman peneman diperjuangan melawan musuh nafsu. Nafsu yang sekian lama dibuai kelalai dalam jiwa. Dialah yang memalit segala noda. Walaupun begitu akal dan iman masih bertahan berjuanga hingga ke saat ini terus bertarung mencapai Nafsu Muthmainnah walaupun sukar maha payah.
Kesekian kali kita kembali menyambut Ramadhan Karem, dengan menahan diri dari makan dan minum serta perkara yang membatalkan puasa dan juga yang merosakkan jiwa. Indahnya Ramadhan akan dapat rasai bagi jiwa benar-benarnya menyambutnya dengan jiwa yang tenang dan berlapang dada. Bahkan mereka mengimarahkan Ramadhan dengan memulikankannya dengan syiar Ramadhan iaitu puasa disiang hari, membaca al-quran setiap ketika, beramal dengan doa yang khusus dan sedaya upaya beramal dengan Sunnah Nabawiyyah yang mulia. Seandainya syiar ini terus dipraktikkan dalam kehidupan harian setelah Ramdhan ia akan membuahkan hasil lumayan pada individu Muslim. Hasilannya mereka menjadi Insan yang bertaqwa dengan penuh ghashyah pada Allah. Bahkan sinaran ketaqwaan mereka akan tersirna pada ummah seluruhnya. Semoga permusafiran saya pada Ramadhan dibumi anbiya ini akan memberi ibrah dan kebaikan pada diri dan ummah sejagat.
Showing posts with label Diari Kembara. Show all posts
Showing posts with label Diari Kembara. Show all posts
Thursday, August 4, 2011
Sunday, April 10, 2011
Saya Buta, Bisu dan pekak
Pasti pengunjung tertanya-tanya apa yang dimaksudkan dengan pepatah " jiwa bergantung dihujung rambut". Pepatah ini jarang-jarang kita dengar. Maksudnya seseorang itu sentiasa dalam keadaan yang tidak keruan. jika difahami masakan mustahil jiwa boleh berada dihujung rambut inilah tamsilam alam melayu yang penuh berbahasa. Cerita hari ini, saya jadi tidak keruan bila perlu keluar rumah keseorangan hanya yang berteman raqib dan a'tib serta iman. Saya jadi gusar kerana saya seorang yang buta, pekak dan bisu.
Pasti pelik siapa yang pernah mengenali saya dengan alasan saya buta, pekak dan bisu. tapi itulah hakikat yang saya sedng lalui saat saya berpisah jauh dari tanah air dan orang tercinta. Jika dahulu saya di Malaysia saya celik dan cergas, peka dan tidak leka, bertutur dengan bijaksana. Kini segalanya hilang. Saya berharap nikmat itu dikembalikan semula. Saya buta kerana saya masih tidak nampak dan tahu selok belok jalan disekitar tempat saya tinggal, apatah lagi mahu ke daerah lain seperti Iskandariah, Mansurah dan beberapa daerah atau mahafazah lain yang tidak saya sebutkan. Bila teman dan kenalan untuk ajak ke luar daerah pasti saya akan mengenakan syarat kepada mereka bahawa "mereka mesti menjadi tongkat saya kerana saya buta yang boleh melihat". Bila saya mengenakan syarat begitu mereka ketawa. kerana mereka tahu saya memang tidak biasa dengan jalan ke tempat mereka. ketika itu saya hanya mampu tersenyum. Sudahlah buta, saya ini pekak lah pulak, saya hanya dapat mendengar "dengan baik" jika bahasa pertuturan itu adalah bahasa ibunda saya atau Bahasa Arab Fushah, jika a'miyyah atau loghat kampung arab tiba-tiba telinga saya pekak tidak mendengar lebih malang lagi saya tidak memahaminya, hanya saya mampu menggunakan bahasa isyarat seperti orang pekak. Saya masih boleh tersenyum walau saya pekak. Alangkah malang lagi nasib saya kerana saya kadangkala menjadi bisu seribu bahasa oleh kerana tidak memahami bahasa masyarakat disini.
Walaupun saya BUTA, BISU DAN PEKAK saya tetap punya rakan dari pelbagai negara seperti RUSIA, KAZAKHTAN dan CHINA. Teman rapat saya dari China, Nafisah namanya atau nama negaranya Nana. dia tetap mahu bersahabat dengan saya walaupun saya buta, bisu dan pekak kerana ketika bersamanya buta, bisu dan pekak saya terus hilang dibawa entah kemana. Bersama Nafisah saya boleh bergurau senda dan berbicara seperti manusia biasa. Dengan dia juga saya meluahkan segala rasa dan perasaan saya ketika berada di bumi Anbiya ini.
Saya berazam sedaya upaya tidak lagi mahu menjadi Srikandi yang buta, pekak dan bisu. Saya harus perkasa menjadi lebih baik dengan memberani diri belajar dan terus belajar. Bahasa amat penting kerana medan komunikasi. Sahabat, teman dan saudara amat penting dalam hidup kerana merekalah yang akan menjadikan saya CELIK, MENDENGAR dan BERTUTUR dengan baik. :)
Saturday, April 9, 2011
Bangun dari Pembaringan..
Setelah sekian lama terlena dipembaringan, kelu lidah dalam bicara, bungkam dalam sukma, jiwa terendam dalam kedukaan, fikrah tercalar dengan pengasingan. Kini bangun merentas masa, mengendali jiwa kembali terarah, mencanai minda menyebar tsaqafah, mengalun langkah dengan semangat permusafiran.
Saya bersyukur, permusafiran saya telah mengembalikan jiwa saya dan diri saya. Permusafiran buat saya membuka mata, menghidupkan mata hati yang tumpul dan mengembang minda saya yang sesak tidak bernyawa. Lantaran lena yang panjang saya bertaubat, akal yang dianugerahkan Allah akan saya bajai dengan hikmah, bukan dibuai angan dan impian yang tiada penghujung. Hanya berpandu nafsu yang merosakkan, yang menghilangkan kewarasan, yang mengaibkan kelakuan dan pertuturan. Saya tidak mahu menjadi manusia sebagaimana terpandang hinanya anjing kurap dijalanan. Saya bukan mahu jadi mulia tapi mahu jadi sebaik-sebaik ciptaan Tuhan untuk menghina diri hanya untuknya, berbakti abdi selamanya hanya untukNya. Bukan menagih Syurga ganjaranNya tapi hanya menagih belaian Kasih Sayangnya yang tidak pernah padam.
Saya kembali mahu bicara, bicara dari pengalaman dan pengamatan. Berkongsi rasa dan rahsia. Mengikat ukhuwwah fillah. Menjadi yang lemah kuat laksana gunung terpasak kemas dibumi. Mengintai 1001 Hikmah di alam ciptaan Allah.

Thursday, April 8, 2010
Kembara Kembali Bermula sekian terhenti....
Assalamualaikumwarahmatullah....
Siang tadi ana baru selesai menghadapi syafawi Al-Quran. Imtihan yang paling menggetarkan jiwa ana. Sepanjang hampir setahun ana tidak dapat melazimi hafalan dengan kudrat kesihatan yang kurang memuaskan.Ingatan semakin berkurang. Ana semakin lemah sejak 4 bulan yang lalu. Alhamdulillah berkat doa sahabat yang jauh dan dekat ana semakin stabil 2 minggu yang lalu. Doa kalian membuatkan ana lebih kuat untuk hadapi semua ini. Syukran jazilan buat ayah dan ummi yang sentiasa bersama ketika menghadapi saat getir ini. Terima Kasih buat adinda Tinta Qubnani dan Ananda Syahid yang sentiasa memberi semangat untuk kekandamu terus bangun dari kelemahan ini.
Dedekasi buat masyayeikh yang dicintai Dr Abou Sayyid dan Dr Muhammad Ibrahim yang dicintai yang telah pulang ke Bumi Mesir, mohon maaf tidak dapat mengiringi kepulangan kalian. Ketika itu ana sedang menghadapi saat genting melawan dan cuba untuk melalui proses penyembuhan.Tidak dilupakan juga dr2 lain yang banyak memberi semangat pada ana untuk bangun dan melalui proses penyembuhan dengan sabar. Mentor ana Dr Ibrahim Ali Ads yang juga pensyarah Qadhya Mua'sarah yang tidak lekang memberi semangat dan nasihat untuk ana supaya tidak berduka dengan apa yang berlaku. Allah sahaja yang dapat membalas jasa kalian semua.
Insyaallah ana semakin kuat berdiri. Meneruskan perjalanan sebagai thullab ilmi dan dai' ilallah. Dalam kesempatan kesihatn yang semakin baik ana telah menziarahi sahabat yang telah pun berwalimah. Mabruk buat ukhti Suzanna dan Ustaz Khairul Naim, moga bait muslim dibina akan mekar digelanggang perjuangan.
Alhamdulillah ana sempat menziarahi dan berkongsi derita sahabat Wardah mad Noor yang telah sekian lama ditempatkan di hospital Sultanah Bahiyah. Derita buat ana bicara sendiri, setiap penyakit ada penyembuhnya. setiap kesukaran itu pasti jalan keluarnya. Melihat dia derita buat ana terfikir sendiri kuasa penyembuhan ada dalam diri, bertindak mengikut setulus murni kata hati yang sentiasa berdialog di malam hari dengan robbul jalil. Pasti temui syifa' Kata-kata itu ana bisikkan di telingan Wardah sebelum ana mengundur diri. Ana mohon dia disembuhkan dan Allah panjangkan usia ana untuk meniti hari-hari seterusnya. Ana juga turut menziarahi ayahanda Fathiyah mohd Akaib yang telah sebulan menjadi penghuni Hosp Sultanah Bahiyah kerana komplikasi buah pinggang yang kronik dan gaout. Dia sahabat dan juga teman ketika ana bermukim seketika di bumi maahad dulu. Seusrah bersama, ke sekolah bersama, serumah, sebilik dan selalu juga makan setalam. Itu dulu, sekarang semua makin dewasa membawa haluan arah tuju masing-masing tapi masih ada tautan hati dan masih sahabat sejati di dunia dan akhirat abadan abada.
p/s : Tiram, Insyallah ana kan siapkan kertas kerja khusus untuk Dai Insani: Panduan Fasilitator Muslim selepas ana tamat final exam. tq atas saranan anda.

Sunday, March 21, 2010
Da'i Insani
Pada minggu lepas 17 Mac ana telah diminta untuk turun memberikan ceramah kepada Fasilitator yang telah diberi tauliah oleh Majlis Perwakilan Mahasiswa. Sebenarnya slot yang ana kendalikan diisi oleh Cikgu Sukarno, guru yang tidak asing lagi dari dunia fasilitator. Tetapi di saat-saat akhir beliau tidak dapat hadir. Pada petang sebelum hari program berlangsung adhoc menghubungi ana untuk mengisi slot tersebut. Pada awalnya ana menolak, kerana keadaan ana yang masih kurang stabil disebabkan demam, batuk dan selsema yang masih bersisa. Suara pun masih serak-serak. Ada orang kata suara bertukar menjadi suara itik dan ada yang kata pulak dah jadi suara mini mouse. Lucu pulak bila mengingatkan.
2- Infaq
3-Itqan
4-Iltizam
5-Ihsan
6- Islah
7-Insani
8- ilahi
9-Idea
10-ikhwah
Panduan pula menyatakan sebenar siapa fasilitator iaitu sebagai murrobi, mursyid, muaddib,mua'lim, mudarris dan juga musleh. Seisi terakhir merupakan seisi soal jawab yang lebih kepada memberi ruang fasi memberi respon pada permasalahan.Kebanyakan soalan sekitar bagaimana berdakwah pada madu' yang berlainan agama.
Tajuk yang diberi " Pendedahan Dunia Fasilitator dan panduan menjadi Fasilitator Islam ". Alhamdulillah ana diberi kekuatan menyiapkan blue print kertas kerja yang agak ringkas. Ana cuba memberikan pendedahan mengenai dunia fasilitator merupakan dunia para dai' menyebarkan dakwah. Ana membawa peserta kembali pada sirah bagaimana Rasulullah mentaa'khikan para sahabat dalam menyebarkan dakwah. Disamping menekan supaya para fasi menyedikan bekalan ruhani untuk terjun dunia dakwah. Iaitu melalui proses tarbiyyah, kemudiannya proses tazkiyyah dan seterusnya proses tasfiyyah untuk pengukuhan jiwa para fasi dan juga sebgai dai'.
Seterusnya teori Fasilitator Islam yang berjaya ialah dengan 10 I :
1- Ikhlas2- Infaq
3-Itqan
4-Iltizam
5-Ihsan
6- Islah
7-Insani
8- ilahi
9-Idea
10-ikhwah
Panduan pula menyatakan sebenar siapa fasilitator iaitu sebagai murrobi, mursyid, muaddib,mua'lim, mudarris dan juga musleh. Seisi terakhir merupakan seisi soal jawab yang lebih kepada memberi ruang fasi memberi respon pada permasalahan.Kebanyakan soalan sekitar bagaimana berdakwah pada madu' yang berlainan agama.
Monday, March 8, 2010
.....Anak Sulong SIMURA '10....
Alhamdulillah ana bernafas lega bila Program SIMURA selesai dilaksanakan dengan jayanya. Hampir 2 bulan bertungkus lumus bergelumang dengan team Simura merancang, menyusun, mengatur strategi dan memastikan program berjalan mengikut perancangan. Walaupun perancangan telah disusun dengan rapi masih ada masalah yang timbul disaat akhir. Itulah lumrah berprogram. Masa ini emosi dan rasional akan diuji. Tema program kali ini berbentuk Siyasah Syari'yyah. Suatu pendedahan dari pelagai sudut.
Pada malam pertama diadakan Forum yang membincangkan kepimpinan Mahasiswa Islam. Hati ana agak berdebar dengan respon Penonton pada malam itu.Jumlah kehadiran amat membimbangkan kami team SIMURA. A'lakullihal malam tersebut jalinan perbahasan antara panelis cukup memberi input yang manfaat dari pelbagai sudut pandang pengalaman dan pengetahuan mereka. Penjelasan cukup ringkas, padat dan berisi penuh makna.
Suasana makin panas bila terjahan ucaptama yang berapi dari Ahli Parlimen yang tidak asing lagi di tanah air. Beliau menyampaikan realiti Politik semasa negara. Ucapannya yang penuh semangat menjadi kita rasa berkobar-kobar menjadi generasi kepimpinan pelapis negara. Seterusnya slot bersama Pengarah Urusan HPA, yang memberikan pendedahan menjana ekonomi kemandirian mahasiswa islam. Slot seterusnya, Pendedahan Cikgu Azmi mengenai kepimpinan mahasiswa suatu masa dahulu memberikan kesedaran pada mahasiswa kini bahawa perubahan sesebuah negara letaknya pada tangan-tangan mahasiswa kerana segala langkah mahasiswa berani dan penuh dengan idealisme. Beliau juga turut men dedahkan bagaimana perancangan Yahudi mempengaruhi mahasiswa dalam gerakan mereka yang cukup teliti dan rahsia. Kemuncaknya sesi pembentangan oleh Saudara Dzulkhairi yang membincang tindakan mahasiswa dalam menguruskan kepimpinan masing-masing.
SIMURA kali ini bagai kehadiran anak sulong yang disambut penuh kegembiraan bagi mahasiswa wilayah utara. Kehadiarannya banyak persediaan yang tidak dapat dilaksanakan. Munkin kehadiran anak kedua nanti lebih perlu teliti dan berhati-hati dalam mengurus dan perlu dilunasi lebih awal pada masa akan datang. Sambutan anak sulong ini membuahkan hasil yang memberi momentum yang besar pada gerakan mahasiswa kini. Maka mahasiswa yang bertanggungjawab perlu memikirkan kehadiran anak kedua yang berbeza metodelogi pelaksanaan program. Mungkin lebih kepada operasi membedah pemikiran dan strategi tokoh terkemuka seperti Bill Clinton, Barrack Obama, Muhammad Al-Fateh, Nuruddin Az-Zanki, Solehuddin Ayyubi, Umar Mukhtar, Zaynab Al-Ghazali. Maryam Jameelah dan ramai lagi, sama ada tokoh-tokoh luar negara atau dalam negara seperti SYed Naquib al-attas,Syeikh Wan Muhammad Saghir, Dr Wan Daud, Dr Burhanuddin Helmi, Syeikh Yusof Rawa dan ramai lagi. Dengan ini mungkin akan memberi pengembangan intelek yang lebih baik dan cemerlang.
Mungkin anda juga perlu lakukan sesuatu untuk sahabat-sahabat anda!
Tahniah team SIMURA kali ini..moga Allah sahaja yang dapat membalas segalanya.

Saturday, February 20, 2010
JOM PAKAT PI SIMURA!!!!!!!!
Alhamdulillah, puji dan syukur pada Allah SWT dengan limpah nikmat dan inayahNya, yang telah mencurahkan nikmat iman dan Islam kepada kita serta selawat dan salam untuk Junjungan Mulia, Nabi Muhammad SAW dan keluarga baginda.
Dewasa ini, sindrom ketidakpedulian di kalangan mahasiswa terhadap isu-isu kampus dan juga hal ehwal masyarakat kian kritikal dan membimbangkan. Situasi ini mendatangkan impak negatif di dalam membangunkan pemikiran yang kritis dan kreatif di kalangan mahasiswa dan menghasilkan satu generasi yang lemah dari aspek kepimpinan masa depan yang akan memimpin dan menguruskan masyarakat dan organisasi. Mahasiswa adalah generasi pelapis kepimpinan negara. Seharusnya mahasiswa lebih peka dan sensetif permasalahan senario semasa. Maka mahasiswa perlu untuk mendapat informasi dan perlu mengadakan perbincangan agar hala tuju dan kesedaran terarah.
Di atas kesedaran ini, empat buah gerakan mahasiswa iaitu Persatuan Mahasiswa Darul Aman (PERSADA), Majlis Perwakilan Mahasiswa Insaniah, Gabungan Mahasiswa IPTIM Malaysia (GAMIM) dan Qiyadah Club bersepakat untuk menganjurkan Simposium Mahasiswa Islam Wilayah Utara 2010 (SIMURA 2010) bagi membincangkan segala permasalahan dalam mendepani cabaran dan krisis yang perlu diatasi oleh mahasiswa kini. Maka dengan segenap usaha untuk memberikan informasi yang terkini dan realiti kepada warga kampus, pihak penganjur berhasrat mengadakan program ini supaya akan lahir generasi pelapis kepimpinan negara yang berkaliber dan profesional. Disamping memberikan impak positif pada masyarakat kampus secara khususnya dan negara amnya.
Simposium Mahasiswa islam Wilayah Utara 2010 (SIMURA ‘ 10) merupakan program yang menghimpunkan wakil Mahasiwa Islam bagi seluruh Institut Pengajian Tinggi di Wilayah Utara. SIMURA 10 memfokuskan kepada program ilmiah yang mendedahkan dalam pelbagai bentuk siri pembentangan kertas kerja dan forum khusus membincangkan aspek-aspek yang berkaitan mahasiswa secara langsung dan bertujuan membuka dan merubah minda mahasiwa Islam dalam mendepani cabaran globalisasi.
Dengan sepenuh harapan buah fikiran yang dilontarkan oleh tokoh-tokoh dalam SIMURA 10 dapat membuahkan resolusi yang akan memberi momentum yang besar pada perubahan gerakan mahasiswa islam yang lebih berintergriti dan progresif.
2. OBJEKTIF
2.1. Membina Kesatuan Dan Jaringan Hubungan Kemahasiswaan.
“ Menyatukan mahasiswa Islam dengan merapatkan persaudaraan dan perpaduan di kalangan mahasiswa Islam di seluruh Malaysia”
2.2. Kepimpinan dan keusahawanan
“ Menjana warga kampus yang berkeyakinan tinggi, matang dan intelek serta mampu berdaya saing untuk mendepani cabaran global”
2.3. Intergriti dan etika.
“ Menanam sikap intergriti dan etika yang tinggi didalam diri dan jiwa mahasiswa sebagai modal insan yang akan berperanan di alam kerjaya”
3. TEMA
"Mahasiswa Utara Memimpin Perubahan Negara"
4. ANJURAN
Persatuan Mahasiswa Darul Aman (PERSADA)
5. DENGAN KERJASAMA
Urusetia Belia Kerajaan Negeri Kedah
Majlis Perwakilan Mahasiswa KUIN (MPM)
Gabungan Mahasiswa IPTIM Malaysia (GAMIM)
Qiyadah Club (QC)
6. TARIKH / HARI
5 dan 6 Mac 2010
7. TEMPAT
Dewan Mentaloon, Kediaman Rasmi Menteri Besar Kedah, Alor Setar, Kedah
8. SASARAN
Mahasiswa Islam KAMPUS WILAYAH UTARA
Mahasiswa Kolej Universiti Insaniah
Jangan lepaskan peluang! Mari hadiri bersama. Keterangan lanjut lawati link http://www.simurakuin.blogspot.com/
Thursday, December 17, 2009
Secangkir Kasih Selautan Pengorbanan
Salam Sejahtera buat semua. Alhamdulillah kesyukuran ana rafa'kan kepada Allah kerana masih memberi ruang kepasa ana untuk mengecapi hidup sebagai mukmin. Maaf buat semua kerana telah sekian lama aa tidak mengupdate ruangan ini di atas sebab yang tidak dapat ana elakkan. Sebenarnya merindu ruangan ini untuk bertemu dengan sahabat yang melawati rruangan ini.
Selepas tamat peperiksaan akhir semester ana telah menghadiri suatu kursus iaitu ESQ 165 yang ditaja khas untuk pelajar INsaniah yang terpilih. Jika ana tidak ditaja ana perlu membayar sebanyak RM 800. Ana amat sukacita dapat melalui modul-modul yang di sediakan oleh pihak penganjur. Modul yang dapat ana kenal pasti ialah metodeologi kembali rasa bertuhan dan kagum dengan kebesaran Allah taala. Sebenarnya ingin ana senaraikan semu a proses modul yang ana lalui . Insyaallah di ruang dan kesempatan yang lebih baik ana akan coretkan buat tatatpan semua
"Hilang suatu nikmat untuk menjadi hamba yang berhati-hati tiap langkah di bumi " inilah kata-kata yang bermain di benak ana ketika mendapat panggilan dari ayahanda ketika ana masih dalam kursus. Bonda tercinta ana dimasukkan ke Hospitak Kulim Untuk menjalani pembedahan. Ketika fatrah ini semua perkara yang bonda galasi selama ini ana galasi selama lebih kuranhg 2 minggu. Sedari bangun seawal jam 4.30 pagi mengurusi rumah tangga dan menghantar adinda-adinda ke sekolah mengingatkan ana pengorbanan bonda tercinta yang banyak berkorban untuk kami sekeluarga. bonda seorang guru dan juga menggalas taklifan daie, maka banyak perkara yang beliau urusi dalam hidupnya. Membesarkan anak-anak dengan didikan Islam. Mengurusi dan mendidik anak watan yang ISTEMEWA dan perlukan perhatian, membanting tenaga mengurusi organisasi dakwah menjadi bonda orang yangaamat istemwa dan tauladan terbaik buat diri ana. Entah ana tidak pasti adakah ana boleh mengurusi hidup seperti bonda dan menjadi seperti bonda. 2 minggu memang cukup mengajar ana erti kasih, korban, dan ketulusan dalam kehidupan seorang ibu. Paling menyayat hati ana sehingga menitis air mata ana yang susah untuk menitis melainkan hanya untuknya menitis di suatu petang ketika ana menziarahi bonda yang dalam pemerhatian para doktor dan jururawat. Disini ana coretkan kalam bonda buat tatapan semua " kalau apa-apa terjadi pada ummi urusi adindamu dengan baik, urusi keperluan ayahandamu dengan sempurna, ummi mohon kemaafan, doakan kesembuhan ummi" jiwa ana bagai tersentak bila ummi menghulur kalam sedemikian. Disamping itu , ada beberapa perkara yang penting yang bonda wasiatkan yang tidak dapat ana coretkan. Jiwa halus ana mula mengalirkan rasa dukacita tambahan wajah bonda yang yang tidak bermaya dan pucat menguning. Keesokkan pagi selepas menghantar adinda-adinda ana ke sekolah ana terus memcut laju menuju ke hospital kerana bonda dijangka akan memasuki dewan pembedahan jam 9 pagi. Ketika mengusung bonda ke dewan pembedahan dengan beberapa orang sister jurrurawat ana sempat menyalami bonda menghadiahklan ciuman kasih pada pipi bonda. Wajah bonda tidak boleh ana tatap lama, jika tidak pasti air mata mengalir laju kerana lagu dijiwa telah berlagu sendu. Subhnallah..hanya Allah sahaja mengetahui. Bagaimana berdenyut kencang jantung ana bila bonda dimasukkkan ke dewan pembedahan. Hanya kepada Allah ana berserah ketika itu. Alhamdulillah bonda selamat menjalani pembedahan.
Hari pertama bonda selepas dibedah bonda masih tidak sedarkan diri sehingga malam jam 9 malam ketika ana membacakan Al-quran di sebelah bonda. Tika itu bonda mula memberi respon membuka mata dan ingin meminum air. Ana terpaksa menahannya untuk meminum air. Ana minta dia bersabar menanti esok untuk meminum air. Wayar-wayar yang berselirat di dibadan bonda menjadikan ana berhati-hati ketika mengelap tubuhnya.
Lebih kurang seminggu bonda di hospital dan setiap hari ana akan ziarahinya waktu pagi dan petang. sehingga hari terakhir persekolahan ana perlu mengurusi dan mengambil adinda -adinda di maahad. disamping membereskan kerja-kerja dikampus yang belum sempat ana selesaikan seusai ana pulang tempohari.anketika itu ana ada masa lebih kurang seminggu bersaa keluarga.
Kemudiannya ana terus menyelesaikan misi program ke Sarawak selama seminggu. Maaf ana terpaksa berhenti di sini. Disis Ana ada urusan penting perlua ana habiskan. InsyAllah ana akan coretkan pengalaman ana di dalam program ESQ 165 dan pengembaraan ana di Sarawak. Salam Mahabbah untuk semua.
Friday, November 6, 2009
Imtihan dalam imtihan
Musim peperiksaan kali ini tidak ada bezanya seperti semester yang lepas. Cuma pada kali ini ana bersama adik-adik yang sentiasa ceria. Ada saja kelaku mereka yang mencuit hati ana. Kadang resah ana hilang bila bersama mereka. Kadang bebanan tugas dan tanggungjawab yang digalas mengundang keletihan dan keresahan tetapi bila pulang ke kamar 5-3 segalanya hilang. Bagaikan terbang di bawa angin lalu. Tampak juga betapa kukuh ukhuwwah yang terbina antara adik-adiku ini yang datang dari pelbagai jurusan sama ada dari pengajian Islam dan muamalat. Orang kata kalau berkehendakkan suatu itu nyata kukuh atau tidak perlu diuji.
Nyata teruji. Hari ini ana dan adik-adik di bilik ana hadapi peperiksaan serentak. Pada hari-hari yang lepas jadual peperiksaan kami tidak bertemu hari. Maka malam hari tidak semeriah semalam. Setiap malam sepanjang peperiksaan ada yang berjaga hingga ke awal pagi. Seperti bergilir-gilir berhirasah pula lagak mereka. Malam hari sebelum peperiksaan hari ini, kamar yang memuatkan seramai 12 orang bagaikan berpesta. Bila diteliti suasana bilik seperti siang hari, sentiasa penuh dengan suara hafalan atau perbincangan. Macam-macam pula karenah mereka. tapi mereka tetap ceria. Cuma ana yang tidak boleh hadapi suasana " keceriaan" mereka. Dari pembaringan ana terus bangun membasuh muka. Jam menunjukkan 1.00 pagi. Ana baru terlelap kira-kira setengah jam. Keceriaan mereka buat ana terjaga. Ana juga turut sama-sama memnelaah buku.
Sesak juga kepala ana bila tidak dapat tidur yang efisen. Tawakal A'lallah bila terpaksa hadapi keadaan seperti ini. Setelah jam menunjukkan jam 3 pagi ana makin keletihan dan sesak dikepala kian bertambah, bukan kerana terlalu banyak menelaah tetapi kerana badan dan mata yang tidak rehat dengan sebaiknya. Tiba-tiba bilik jadi sunyi sepi. rupanya semua telah beriringan membawa diri ke bahtera keehatan. ana yang sedia kekuyuan terus meletakkan kepala pada sendal yang telah menjadi teman selama 3 tahun setengah di pusat pengajian. Lega rasa bila boleh merehatkan badan dan minda. Moga semua beroleh kejayaan. Amen

Wednesday, October 14, 2009
Salam Lebaran
Salam sejahtera buat teman-teman
Sudah lama tangan ana tidak menari menulis di ruanagan ini. Walaupun sudah di akhir bulan Syawal ingin ana ucapkan Kullu a'am wa antum bi kher buat guru-guru, teman-teman dan pensyarah-pensyarah:
Pusat Asuhan Abim, MasJid Negeri Selangor(sekarang sudah tiada lagi pusat ini)
Sek Keb Dato Hj Zainuddin
Sek Ren Islam DARIS. Sg Jagong
Maktab Mahmud A/S
Kolej Islam Darul Ulum
Kolej Universiti Insaniah
Sahabat di dalam GAMIS
Sahabat-sahabat di dalam PERSADA
Syawal kali ini cukup memberi banyak makna bagi ana yang serba kerdil ini.
Hari Pertama : seperti tahun-tahun yang lalu rumah ana memang sememangnya selepas solat hari raya menerima kunjungan sanak saudara yang jauh pertalian atau dekat pertalian. (mungkin Rumah Ini telah di bina untuk mengikat hati-hati manusia)
Sanak-saudara memenuhi ruang rumah pada hari raya pertama pada setiap tahun.
Bezanya tahun ini kaki tangan bahagian penyediaan makanan berkurangan. kedua-duanya sedang menuntut di Universiti Al-azhar. kaherah. Mesir. Alhamdulillah masih tinggal adinda-adinda yang masih cergas sehingga ke awal bagi menyediakan makanan. Walaupun kesibukkan melanda, solat sunat hari raya tidak dilupakan.
Malam raya pertama pulang ke rumah nenda di Perak. telah menjadi rutin saban tahun raya kedua mesti pulang rumah Opah. Semalaman ana tidur dengan nyenyak. Keletihan teramat sangat.
Hari ke dua ana pulang ke Kedah tanpa bonda dan adinda-adinda tercinta kerana ada urusan yang perlu di urusi di kedah. Sebenarnya majlis himpunan keluarga Bonda yang diadakan pada hari tersebut juga tidak ana hadiri. Maaf bonda. Bukan kehendak anakanda. ana pulang setelah petang menyusul dan tiba di teratak kami lewat malam. Ana dengan ayahanda sahaja yang pulang.
Hari ketiga awal pagi ana telah menyusul ke Alor Setar, Dewan Sri Mentaloon majlis Himpunan Anak-anak kedah. Pengisian program yang memberangsangkan.
Kenangan yang tidak dapat ana lupakan memangku adinda Syifa' Lutfiyyah yang selamat dilahirkan. Selamat dilahirkan di pagi syawal ketiga. Moga menjadi anak yang solehah. Jilul mansyud lil Islam.
Hari-hari seterusnya menhadiri majlis-majlis open house dan mjlis-majlis walimah. Pada hari raya ke 8 ana sudah pulang ke kampus walaupun pada hari tersebut sekali lagi ayahanda membuat Open House di office nya. Maaf ayahanda nakanda tidak dapat pulang.
Di kampus pulak ada saja majlis rumah terbuka di susun, Jamuan KUliyyah-kuliyyah dan kediaman-kediaman. Meriah cara nak periksa. Semua sibuk dengan mentelaah buku. Ujian akhir semester berderet-deret.
Moga ramadan dan syawal tahun depan dapat bertemu....
Subscribe to:
Posts (Atom)