Thursday, April 8, 2010

Kembara Kembali Bermula sekian terhenti....

Assalamualaikumwarahmatullah....

Siang tadi ana baru selesai menghadapi syafawi Al-Quran. Imtihan yang paling menggetarkan jiwa ana. Sepanjang hampir setahun ana tidak dapat melazimi hafalan dengan kudrat kesihatan yang kurang memuaskan.Ingatan semakin berkurang. Ana semakin lemah sejak 4 bulan yang lalu. Alhamdulillah berkat doa sahabat yang jauh dan dekat ana semakin stabil 2 minggu yang lalu. Doa kalian membuatkan ana lebih kuat untuk hadapi semua ini. Syukran jazilan buat ayah dan ummi yang sentiasa bersama ketika menghadapi saat getir ini. Terima Kasih buat adinda Tinta Qubnani dan Ananda Syahid yang sentiasa memberi semangat untuk kekandamu terus bangun dari kelemahan ini.

Dedekasi buat masyayeikh yang dicintai Dr Abou Sayyid dan Dr Muhammad Ibrahim yang dicintai yang telah pulang ke Bumi Mesir, mohon maaf tidak dapat mengiringi kepulangan kalian. Ketika itu ana sedang menghadapi saat genting melawan dan cuba untuk melalui proses penyembuhan.Tidak dilupakan juga dr2 lain yang banyak memberi semangat pada ana untuk bangun dan melalui proses penyembuhan dengan sabar. Mentor ana Dr Ibrahim Ali Ads yang juga pensyarah Qadhya Mua'sarah yang tidak lekang memberi semangat dan nasihat untuk ana supaya tidak berduka dengan apa yang berlaku. Allah sahaja yang dapat membalas jasa kalian semua.

      Insyaallah ana semakin kuat berdiri. Meneruskan perjalanan sebagai thullab ilmi dan dai' ilallah. Dalam kesempatan kesihatn yang semakin baik ana telah menziarahi sahabat yang telah pun berwalimah. Mabruk buat ukhti Suzanna dan Ustaz Khairul Naim, moga bait muslim dibina akan mekar digelanggang perjuangan.

      Alhamdulillah ana sempat menziarahi dan berkongsi derita sahabat Wardah  mad Noor yang telah sekian lama ditempatkan di hospital Sultanah Bahiyah. Derita buat ana bicara sendiri, setiap penyakit ada penyembuhnya. setiap kesukaran itu pasti jalan keluarnya. Melihat dia derita buat ana terfikir sendiri kuasa penyembuhan ada dalam diri, bertindak mengikut setulus murni kata hati yang sentiasa berdialog di malam hari dengan robbul jalil. Pasti temui syifa' Kata-kata itu ana bisikkan di telingan Wardah sebelum ana mengundur diri. Ana mohon dia disembuhkan dan Allah panjangkan usia ana untuk meniti hari-hari seterusnya. Ana juga turut menziarahi ayahanda Fathiyah mohd Akaib yang telah sebulan menjadi penghuni Hosp Sultanah Bahiyah kerana komplikasi buah pinggang yang kronik dan gaout. Dia sahabat dan juga teman ketika ana bermukim seketika di bumi maahad dulu. Seusrah bersama, ke sekolah bersama, serumah, sebilik dan selalu juga makan setalam. Itu dulu, sekarang semua makin dewasa membawa haluan arah tuju masing-masing tapi masih ada tautan hati dan masih sahabat sejati di dunia dan akhirat abadan abada.

p/s : Tiram, Insyallah ana kan siapkan kertas kerja khusus untuk Dai Insani: Panduan Fasilitator Muslim selepas ana tamat final exam. tq atas saranan anda.

1 comment:

  1. salam'alaik ya ukhti,

    biar bicara berlagu sendu, tp jgn hati tersungkur layu. kuatkan hati, kentalkan jiwa, tinggikan keyakinan padaNya. Hamba itu tiada jemu, kuli itu tiada kelu. Hamba pd Tuhannya, Kuli pada tingkatan amalan dan ilmunya. Langkah dan jejak hanya demi Allah SWT hendaknya...

    ReplyDelete