Sunday, March 21, 2010

Da'i Insani

   Pada minggu lepas 17 Mac ana telah diminta untuk turun memberikan ceramah kepada Fasilitator yang telah diberi tauliah oleh Majlis Perwakilan Mahasiswa. Sebenarnya slot yang ana kendalikan diisi oleh Cikgu Sukarno, guru yang tidak asing lagi dari dunia fasilitator. Tetapi di saat-saat akhir beliau tidak dapat hadir. Pada petang sebelum hari program berlangsung adhoc menghubungi ana untuk mengisi slot tersebut. Pada awalnya ana menolak, kerana keadaan ana yang masih kurang stabil disebabkan demam, batuk dan selsema yang masih bersisa. Suara pun masih serak-serak. Ada orang kata suara bertukar menjadi suara itik dan ada yang kata pulak dah jadi suara mini mouse. Lucu pulak bila mengingatkan.

    Tajuk yang diberi " Pendedahan Dunia Fasilitator dan panduan menjadi Fasilitator Islam ". Alhamdulillah ana diberi kekuatan menyiapkan blue print kertas kerja yang agak ringkas. Ana cuba memberikan pendedahan mengenai dunia fasilitator merupakan dunia para dai' menyebarkan dakwah. Ana membawa peserta kembali pada sirah bagaimana Rasulullah mentaa'khikan para sahabat dalam menyebarkan dakwah. Disamping menekan supaya para fasi menyedikan bekalan ruhani untuk terjun dunia dakwah. Iaitu melalui proses tarbiyyah, kemudiannya proses tazkiyyah dan seterusnya proses tasfiyyah untuk pengukuhan jiwa para fasi dan juga sebgai dai'. 

Seterusnya teori Fasilitator Islam yang berjaya ialah dengan 10 I :
1- Ikhlas
2- Infaq
3-Itqan
4-Iltizam
5-Ihsan
6- Islah
7-Insani
8- ilahi
9-Idea
10-ikhwah

Panduan pula menyatakan sebenar siapa fasilitator iaitu sebagai murrobi, mursyid, muaddib,mua'lim, mudarris dan juga musleh. Seisi terakhir merupakan seisi soal jawab yang lebih kepada memberi ruang fasi memberi respon pada permasalahan.Kebanyakan soalan sekitar bagaimana berdakwah pada madu' yang berlainan agama.

No comments:

Post a Comment