Tuesday, July 21, 2009

Marwa dan Masyitah...

Hati ana diasak dan ditusuk sembilu bila sepucuk warkah siber tiba dimeja inbox ana. Atma ana tak keruan membaca baris demi baris warkah siber ini. Isi kandungannya menceritakan Marwa Al-Sharbini yang ditikam dengan kejam sebanyak 18 kali kerana mempertahankan jilbab islami yang menjadi personalitinya selama ini. Apa yang paling menyayat hati ana ibu muda yang mengandung anak kedua ini hanya mempertahankan diri dengan membuat pengaduan kepada pihak berkuasa Jerman di ruang sidang Kota Dresdan tapi pengaduannya di ambil enteng oleh pihak berkuasa Jerman, malah di diikam tanpa perikemanusiaan.

Walaupun begitu suaminya juga mempertahankan nyawa Marwa tetapi dia pula di tembak 0leh polis German berkali-kali dengan berdalih bahawa mereka tersalah sasaran. Malah peristiwa ini tidak sedikit pun menjadi tarikan media massa untuk diambil perhatian. Mungkin yang terbunuh ini hanya seorang muslimah yang di bunuh oleh orang barat yang anti Islam dan anti Muslim. Cubalah kita semua perhatikan peristiwa-peristiwa penyiksaan dan pembunuhan umat Islam yang diseksa di Penjara Abu Gharib yang tidak disiar, hanya selepas terbongkar segala pekung yang membusung setelah pecah segala tembelang dan tipu helah mereka atas kematian penduduk Falujah dan Najaf yang dibunuh kejam. Mereka menjadi manusia binatang yang sentiasa dahagakan darah umat Islam. Akal mereka tidak normal seperti manusia biasa kerana mereka telah dilatih sebegitu rupa.

Peristiwa pembunuhan Marwa al-Sharbini ini mengingatkan ana pada kisah Mashitah tukang sikat anak Hammam yang dicampakkan semua ahli keluarganya satu persatu tanpa ada perasaan belas kasihan. mari sama-sama ikuti perjalanan seorang syahidah :

"Inilah masanya untuk menguji Masyitah, seorang wanita yang lemah fizikalnyatetapi memiliki kekuatan jiwa yang luar biasa. Beliau dengan lapang dada menerima apa sahaja yang hendak dilakukan oleh manusia yang tidak berhatiperut itu. Hamman telah memaksa pengawal-pengawalnya untuk menyediakan sebuah kawah yang besar untuk mencampakkan Masyitah dan keluarganya yang ingkar dengan Firaun seandainya mereka tidak mahu kembali kepada Firaun. Masyitah bersama dengan suami dan empat orang anaknya termasuk seorang anaknya yang masih bayi dihadapkan ke hadapan Firaun untuk diberi kata dua sama ada hendak menyembah Firaun atau dicampakkan ke dalam kawah yangberisi air panas yang mendidih. Maka dengan tegas Masyitah dan suaminya tetap mempertahankan keimanan mereka dengan mengatakan Allah itulah Tuhanyang Esa dan Firaun hanyalah manusia biasa.Dengan keputusan itu, Hamman dengan tiada rasa peri kemanusiaan mencampaksatu persatu keluarga Masyitah ke dalam kawah yang berisi air panas yangmendidih. Sambih ketawa terbahak-bahak dengan nada yang menyindir, Hamman mencampakkan suami Masyitah dahulu diikuti dengan anak-anaknya yang lain.Masyitah melihat sendiri dengan mata kepalanya bagaimana anak-anaknya terkapai-kapai di dalam air yang panas menggelegak itu. Kini tinggal Masyitah dan bayinya yang akan dicampakkan ke dalam kawah tersebut.Syaitan membisikkan ke telinga Masyitah rasa was-was dan kasihan melihat anaknya yang masih kecil itu disiksa sedemikian rupa. Masyitah mula ragu-ragu samada hendak terjun ataupun tidak.

Tetapi dengan kekuasaanAllah, tiba-tiba anak yang masih bayi itu berkata-kata kepada ibunya,Masyitah : "Wahai ibu, marilah kita menyusul ayah, sesungguhnya syurgasedang menanti kita".Bila mendengarkan kata-kata yang sangat ajaib dari anaknya yang masih bayi itu, dengan rasa kehambaan dan cinta kepada Allah, Masyitah terjun bersama anaknya ke dalam kawah yang berisi air panas itu dan matilah merekasekeluarga demi mempertahankan iman mereka kepada Allah.Tetapi Allah tidak membiarkan manusia berbuat durjana sesuka hati. Allahdatangkan kepada Firaun, Hamman dan para pengawalnya yang membunuh Masyitahdengan azab siksa yang sangat pedih. Allah runtuhkan kerajaan Firaun dan Hamman mati di dalam runtuhan tersebut. Tentera dan para pengawalnya ditenggelamkan di dalam dasar laut. Mereka mati di dalam keadaan kafir.Sebaliknya Masyitah sekeluarga mati di dalam keadaan yang mulia dan bahagiadi dalam syurga".

Jika dilihat dan diperhalusi kisah ini, Marwa As-Syarbini dan Masyitah adalah wanita yang agung dalam mempertahankan agama mereka dan meruah mereka. Tidak hairanlah jika Rasulullah dipertontonkan makam Saidatina Masyitah yang disebut maqam yang mewangi walau tubuhnya hancur dimamah gelegak air kawah. tetapi haruman iman dan takwanya terus mekar mewangi. Moga Marwa As-Syarbini juga tergolong dari golongan wanita solehah yang syahidah.

" Ya Allah ya tuhan kami, betapa tingginya martabat Masyitah yang telah engkau letakkan di sisi engkau, maka jadilah kemuliannya bertebaran di bumi dan masih ada wanita2 dunia sepertinya. Dengan harapan dan rendah hati moga kami tergolong dari golongan ini. Matikan kami sebagai syuhada' AgamaMu, Amin..."

Sunday, July 19, 2009

Wanita itu...

Malam hening sekali. Sunyi mendakap suasana tika ini. Hatiku meratib tenang dalam keasyikkan. Tiba bahuku disentuh lembut. Mata rapat terpejam tadi ku buka perlahan. Ku mengalih arah ke kanan melihat sentuhan dibahuku. Wajahnya ku pandang, aku terpana keresahan. Indah dan santun sekali gerak lakunya. Senyuman manis melebar untukku. Wajahnya bersih sekali. Tanganku di pimpinnya membawa ke atas hamparan hijau, dia memberi isyarat kepadaku untuk terus bersamanya dalam bersolah. Senang saja aku menurutinya.


Lafaz ku teruskan merendam rindu yang tak keruan. Rindu mendakap izzah bertuhan. Lama kami bersama-sama dalam berpesta rindu pada Pencipta Rindu kami. Aku terus berteleku dan berdoa agar aku dan keluargaku di tetapkan iman dan terhindar dari kemaksiatan dan hukuman azab api neraka. Takut sekali mengalun bicara bertuhan. Takut rasa tidak beradab dengannya. Gementar risau mengadap Sang Raja Alam, risau adakah pertemuan lagi selepas masa indah ini?


Usai lama ku bermujadilah dengan Pemberi Rahmat aku, ku berpaling bersalaman dengan wanita mulus tadi. Erat sekali genggamannya. Aku mengangkat muka memandang wajah bersihnya. dia tersenyum indah. Bibirnya mula mengalun lemut sebuah bicara


" Wahai Anakku, lihatlah sesuatu dengan bijak dan cerdik akalmu. Jangan kau turutkan nafsu jahatmu, sentiasa perdengarkan kalam toyyibah di telingamu, susun lisan mu dengan kalamullah. Jujurkan dirimu dalam perkara kebaikan, serahkan dirimu pada Allah. Banyakkan sabarmu. Jangan rasa sempit dadamu jika dirimu diuji tapi damaikan hatimu dengan munajat padanya. Hati-hati dalam berbicara. telus hatimu bekerja untuknya. "


Terus mencium dahi ku dan kedua pipiku. Deras pula air mata ku mengalir seusai bicaranya padaku. Mungkin dia tahu, jiwaku telah sekian lama tak keruan menahan resah dan susah, rasa tak mahu melepas dakapannya. aku peluk rapat. Harum tubuhnya..


Akhirnya aku rebah kesedihan berpisah dengan wanita yang tidak ku kenali tadi. Dia melepaskan pelukan. Dia memandang dan tersenyum pada ku. Aku mahu bersuara tapi mengapa sukar terpacul dari bibirku. Aku sujud menahan sedih. Mohon dilenyapkan kesedihan. Ku kembali meratib dan berzikir. khali.terdiam dan bungkam kesedihan. bicara wanita itu menikam kalbu bila aku kembali mengingati butir bicaranya.


Sudah tibanya aku terus berseru pada khaliqku dan terus menyeru.

Saturday, July 4, 2009

Sinar Ukhuwwah........

Salam ukhuwwah......
Ana terusik apabila ada sahabat dari seberang menelefon ana setelah sekian lama menyepi dari khabar berita. Sudah berkali-kali ana bermesej dengan sahabat ini untuk bertemu dengannya apabila pulang ke Tanah Semenanjung. Sehingga tarikh dan waktu yang ana cuba aturkan untuk pertemuan kami. Bukan kerana apa, hanya bertemu mata dan berkongsi cerita serta buah fikiran. Dia sahabat yang ana kira hebat jiwanya, jika tidak dia tidak ditakdirkan terlempar jauh dari sahabat-sahabat yang hanya belajar dari Semenanjung. Tinggal dengan masyarakat yang sebahagiannya masih tidak kenal Keindahan Islam. Elok diatur masa dan waktu dia tidak dapat ke temu juga, dia kembali ke seberang tanpa ana bertemu mata dengannya mungkin dengan masa yang amat cemburu. Dia pulang ke semenanjung pun kerana ayahandanya jatuh sakit seterusnya menziarahi sanak-saudara yang sudah sekian lama ditinggalkan. Ana sedikit terkilan bila mesej menyatakan hal tersebut. Akur dan redho. Tapi jiwa ana memberontak tidak menerima alasan selagi ana tidak tahu hal sebenar. Melalui SmS yang dia hantar pada ana dia menyatakan dia kesuntukan masa untuk bertemu. hati ana keraguan. mustahil. mula dulu dia juga semacam gembira mahu bertemu. Ana terus mendail nombornya kerana terlalu rindu dengan sahabat seorang ini. Sebenarnya Rindu dan Cinta mendengar butir Hikmah yang luncur dari bibirnya. Rindu halaqah cinta kami, rindu gedung perbahasan antara kami, rindu wajah mulus sahabat ini menatapnya rasa semakin akarab dengan Khaliq kami, rindu perkongsian Hikmah antara kami. Dia di medan Sains Teknologi yang menutut pengkajian makhluk dan penciptaan benda baharu dan ana pula di taklif untuk hidup mati mengkaji syariatullah tapi kami dihadaf yang sama menghampar ilmu untuk Jill Mansyud Ad-Din dan untuk mendidik diri kami untuk menjadi Daie'ilallah.

Setelah berkali ana mendail akhirnya panggilan ana bersambut. Ana terus melimpahkan doa untuknya dan kami saling bertanyakan khabar. Rupanya ketika panggilanku disambut dia baru selesai menadah kitab dengan salah seorang guru kami di medan dakwah yang datang dari Semenanjung. Seronok benar dia bercerita tentang Pengajian yang sedang dia ikuti yang berlangsung selama seminggu. Ana terus memberi buah keras menyatakan ketidakpuasan hati ana mengapa dia kembali ke bumi seberang tanpa bertemu ana tapi masih bernada kinayah dan lemah lembut. Dia terdiam lama. Seperti ada sesuatu yang terbungkam didadanya. Ana menanti dengan kesabaran, cuba memahami dirinya. Mungkin dia belum bersedia agaknya untuk memberitahu alasannya. Ana cuba bertanya hal akademik dan kegiatan dakwahnya di kampus setelah sepi lama di hujung talian , dia menjawab acuh tak acuh sahaja, bila bercerita tentang kegiatannya dia cuba untuk mengelak dari menjawab soalan ana. Hati ana terdetik seperti ada yang tidak kena. Ana mula buka cerita kehidupan ana di kampus serta serba sedikit aktiviti yang ana ikuti.

Akhirnya dia membuka pekung di dada. Dia merasa ditinggal jauh oleh sahabat-sahabat lain hanya kerana fahaman kami yang berbeza sedangkan menggunakan silibus yang sama mungkin metodelogi juga yang berbeza. Sudah sedemikian, bila dia cuba berhubung dan berkomunikasi kembali dengan sahabat yang lain untuk berkongsi rasa dan buah fikiran dia di kecam hebat kerana fahaman kami yang berbeza. Ana cuba meneka mungkin sebab itu dia tidak mahu bertemu muka dengan ana. Sangkaan ana tepat. Dia mengiyakannnya bila ana meluncurkan sangkaan ana padanya. Ana kembalikan kepercayaannya pada sebuah ikatan persahabatan yang terbina sekian lama, bertemu kami di dalam halaqah cinta Agama. Makan, minum berkongsi bekas, tidur sebantal bahkan kadang kala sebagaian keperluan hidup kami sebgai pelajar ketika itu dikongsi dan berkongsi juga rasa dan perasaan , tika kami sama menjadi Pencinta Halaqah Cinta Agama. ketika itu cuba peha kanan peha kiri terasa. Bak kata pepatah " Lurah sama diharungi, gunung sama didaki" indah sekali a'laqah kami detik itu. Sama-sama merentas jalan ke sekolah, sama-sama menadah kitab di Pengajian Talaqqi.

Jika kita berbeza pendapat jauhi dari perbalahan yang berpanjangan. Kembalikan kepada perdamaian. Jadikan perbezaan pendapat itu titik percambahan minda dan buah fikiran serta mematangkan kita. Bukan menyemarakkan api permusuhan dan terus memutuskan tali persaudaraan. Perbalahan dan khilaf dalam pendapat akan tetap berlaku dari zaman ke zaman. Jika dilihat zaman para sahabat Rasulullah S.A.W, mereka juga mempunyai perbezaan pendapat tetapi sikap mereka yang mencari jalan kebenaran dan nas yang paling soheh dalam menyatakanperkara yang haq, malah mereka tidak mencaci maki pendapat yang tidak betul atau benar disamping mereka mengutarakan dengan kebijaksanaan tanpa menyinggung pendapat individu lain sama ada di belakang atau di hadapan individu tersebut. Bagitu juga dengan para Fuqaha, Imam Ahmad juga berbeza pendapat dengan Imam Hambali Dan Imam Hanafi serta Imam Syafie'e, tetapi perbezaan pendapat mereka membawa rahmat pada semua lapisan masyarakat yang bermazhab dengan mazhab mereka.

Kita juga perlu saling berlapang dada dalam perkara-perkara khilaf. Kadang kita perlu lihat apa yang dia kata tetapi tak perlu lihat siapa yang berkata, kadang juga perlu lihat siapa yang berkata selain lihat apa yang dia kata. Timballah dengan iman dan akal yng sihat. Hanya kerana kita berbeza pendapat kita bermusuhan, sedangkan musuh Islam seronok melakar strategi untuk musnahkan Islam dengan apa yang berlaku dan apa yang kita laku. Setiap dari kita pemimpin diri, masyarakat dan ummah sejagat. Gerak laku kita sering dipandang dan dijadikan Qudwah. Hanya kerana ikatan aqidah kita bersatu, jika kita merungkaikan ikatan ini maka kita juga merungkai ikatan hati kita dengan Rabbul Jalil. Kembalikan Sinar Ukhuwwah dan Silaturrahim. Kembali lihat hadis yang telah ana nyatakan dalam penulisan yang lepas.