Saturday, July 4, 2009

Sinar Ukhuwwah........

Salam ukhuwwah......
Ana terusik apabila ada sahabat dari seberang menelefon ana setelah sekian lama menyepi dari khabar berita. Sudah berkali-kali ana bermesej dengan sahabat ini untuk bertemu dengannya apabila pulang ke Tanah Semenanjung. Sehingga tarikh dan waktu yang ana cuba aturkan untuk pertemuan kami. Bukan kerana apa, hanya bertemu mata dan berkongsi cerita serta buah fikiran. Dia sahabat yang ana kira hebat jiwanya, jika tidak dia tidak ditakdirkan terlempar jauh dari sahabat-sahabat yang hanya belajar dari Semenanjung. Tinggal dengan masyarakat yang sebahagiannya masih tidak kenal Keindahan Islam. Elok diatur masa dan waktu dia tidak dapat ke temu juga, dia kembali ke seberang tanpa ana bertemu mata dengannya mungkin dengan masa yang amat cemburu. Dia pulang ke semenanjung pun kerana ayahandanya jatuh sakit seterusnya menziarahi sanak-saudara yang sudah sekian lama ditinggalkan. Ana sedikit terkilan bila mesej menyatakan hal tersebut. Akur dan redho. Tapi jiwa ana memberontak tidak menerima alasan selagi ana tidak tahu hal sebenar. Melalui SmS yang dia hantar pada ana dia menyatakan dia kesuntukan masa untuk bertemu. hati ana keraguan. mustahil. mula dulu dia juga semacam gembira mahu bertemu. Ana terus mendail nombornya kerana terlalu rindu dengan sahabat seorang ini. Sebenarnya Rindu dan Cinta mendengar butir Hikmah yang luncur dari bibirnya. Rindu halaqah cinta kami, rindu gedung perbahasan antara kami, rindu wajah mulus sahabat ini menatapnya rasa semakin akarab dengan Khaliq kami, rindu perkongsian Hikmah antara kami. Dia di medan Sains Teknologi yang menutut pengkajian makhluk dan penciptaan benda baharu dan ana pula di taklif untuk hidup mati mengkaji syariatullah tapi kami dihadaf yang sama menghampar ilmu untuk Jill Mansyud Ad-Din dan untuk mendidik diri kami untuk menjadi Daie'ilallah.

Setelah berkali ana mendail akhirnya panggilan ana bersambut. Ana terus melimpahkan doa untuknya dan kami saling bertanyakan khabar. Rupanya ketika panggilanku disambut dia baru selesai menadah kitab dengan salah seorang guru kami di medan dakwah yang datang dari Semenanjung. Seronok benar dia bercerita tentang Pengajian yang sedang dia ikuti yang berlangsung selama seminggu. Ana terus memberi buah keras menyatakan ketidakpuasan hati ana mengapa dia kembali ke bumi seberang tanpa bertemu ana tapi masih bernada kinayah dan lemah lembut. Dia terdiam lama. Seperti ada sesuatu yang terbungkam didadanya. Ana menanti dengan kesabaran, cuba memahami dirinya. Mungkin dia belum bersedia agaknya untuk memberitahu alasannya. Ana cuba bertanya hal akademik dan kegiatan dakwahnya di kampus setelah sepi lama di hujung talian , dia menjawab acuh tak acuh sahaja, bila bercerita tentang kegiatannya dia cuba untuk mengelak dari menjawab soalan ana. Hati ana terdetik seperti ada yang tidak kena. Ana mula buka cerita kehidupan ana di kampus serta serba sedikit aktiviti yang ana ikuti.

Akhirnya dia membuka pekung di dada. Dia merasa ditinggal jauh oleh sahabat-sahabat lain hanya kerana fahaman kami yang berbeza sedangkan menggunakan silibus yang sama mungkin metodelogi juga yang berbeza. Sudah sedemikian, bila dia cuba berhubung dan berkomunikasi kembali dengan sahabat yang lain untuk berkongsi rasa dan buah fikiran dia di kecam hebat kerana fahaman kami yang berbeza. Ana cuba meneka mungkin sebab itu dia tidak mahu bertemu muka dengan ana. Sangkaan ana tepat. Dia mengiyakannnya bila ana meluncurkan sangkaan ana padanya. Ana kembalikan kepercayaannya pada sebuah ikatan persahabatan yang terbina sekian lama, bertemu kami di dalam halaqah cinta Agama. Makan, minum berkongsi bekas, tidur sebantal bahkan kadang kala sebagaian keperluan hidup kami sebgai pelajar ketika itu dikongsi dan berkongsi juga rasa dan perasaan , tika kami sama menjadi Pencinta Halaqah Cinta Agama. ketika itu cuba peha kanan peha kiri terasa. Bak kata pepatah " Lurah sama diharungi, gunung sama didaki" indah sekali a'laqah kami detik itu. Sama-sama merentas jalan ke sekolah, sama-sama menadah kitab di Pengajian Talaqqi.

Jika kita berbeza pendapat jauhi dari perbalahan yang berpanjangan. Kembalikan kepada perdamaian. Jadikan perbezaan pendapat itu titik percambahan minda dan buah fikiran serta mematangkan kita. Bukan menyemarakkan api permusuhan dan terus memutuskan tali persaudaraan. Perbalahan dan khilaf dalam pendapat akan tetap berlaku dari zaman ke zaman. Jika dilihat zaman para sahabat Rasulullah S.A.W, mereka juga mempunyai perbezaan pendapat tetapi sikap mereka yang mencari jalan kebenaran dan nas yang paling soheh dalam menyatakanperkara yang haq, malah mereka tidak mencaci maki pendapat yang tidak betul atau benar disamping mereka mengutarakan dengan kebijaksanaan tanpa menyinggung pendapat individu lain sama ada di belakang atau di hadapan individu tersebut. Bagitu juga dengan para Fuqaha, Imam Ahmad juga berbeza pendapat dengan Imam Hambali Dan Imam Hanafi serta Imam Syafie'e, tetapi perbezaan pendapat mereka membawa rahmat pada semua lapisan masyarakat yang bermazhab dengan mazhab mereka.

Kita juga perlu saling berlapang dada dalam perkara-perkara khilaf. Kadang kita perlu lihat apa yang dia kata tetapi tak perlu lihat siapa yang berkata, kadang juga perlu lihat siapa yang berkata selain lihat apa yang dia kata. Timballah dengan iman dan akal yng sihat. Hanya kerana kita berbeza pendapat kita bermusuhan, sedangkan musuh Islam seronok melakar strategi untuk musnahkan Islam dengan apa yang berlaku dan apa yang kita laku. Setiap dari kita pemimpin diri, masyarakat dan ummah sejagat. Gerak laku kita sering dipandang dan dijadikan Qudwah. Hanya kerana ikatan aqidah kita bersatu, jika kita merungkaikan ikatan ini maka kita juga merungkai ikatan hati kita dengan Rabbul Jalil. Kembalikan Sinar Ukhuwwah dan Silaturrahim. Kembali lihat hadis yang telah ana nyatakan dalam penulisan yang lepas.

2 comments:

  1. salam kasih,

    sememangnya kini berapa ramai da'i leka bertingkah di kancah perdebatan dan perbahasan perkara furu' sehinggakan anak2 dakwah menjauh diri dan ditinggalkan sepi tidak dibimbing ke jalan menujuNYA.

    ReplyDelete
  2. betul
    seharusnya kita terus membimbing bukan mencantas dan tinggak pergi

    ReplyDelete