Tuesday, July 21, 2009

Marwa dan Masyitah...

Hati ana diasak dan ditusuk sembilu bila sepucuk warkah siber tiba dimeja inbox ana. Atma ana tak keruan membaca baris demi baris warkah siber ini. Isi kandungannya menceritakan Marwa Al-Sharbini yang ditikam dengan kejam sebanyak 18 kali kerana mempertahankan jilbab islami yang menjadi personalitinya selama ini. Apa yang paling menyayat hati ana ibu muda yang mengandung anak kedua ini hanya mempertahankan diri dengan membuat pengaduan kepada pihak berkuasa Jerman di ruang sidang Kota Dresdan tapi pengaduannya di ambil enteng oleh pihak berkuasa Jerman, malah di diikam tanpa perikemanusiaan.

Walaupun begitu suaminya juga mempertahankan nyawa Marwa tetapi dia pula di tembak 0leh polis German berkali-kali dengan berdalih bahawa mereka tersalah sasaran. Malah peristiwa ini tidak sedikit pun menjadi tarikan media massa untuk diambil perhatian. Mungkin yang terbunuh ini hanya seorang muslimah yang di bunuh oleh orang barat yang anti Islam dan anti Muslim. Cubalah kita semua perhatikan peristiwa-peristiwa penyiksaan dan pembunuhan umat Islam yang diseksa di Penjara Abu Gharib yang tidak disiar, hanya selepas terbongkar segala pekung yang membusung setelah pecah segala tembelang dan tipu helah mereka atas kematian penduduk Falujah dan Najaf yang dibunuh kejam. Mereka menjadi manusia binatang yang sentiasa dahagakan darah umat Islam. Akal mereka tidak normal seperti manusia biasa kerana mereka telah dilatih sebegitu rupa.

Peristiwa pembunuhan Marwa al-Sharbini ini mengingatkan ana pada kisah Mashitah tukang sikat anak Hammam yang dicampakkan semua ahli keluarganya satu persatu tanpa ada perasaan belas kasihan. mari sama-sama ikuti perjalanan seorang syahidah :

"Inilah masanya untuk menguji Masyitah, seorang wanita yang lemah fizikalnyatetapi memiliki kekuatan jiwa yang luar biasa. Beliau dengan lapang dada menerima apa sahaja yang hendak dilakukan oleh manusia yang tidak berhatiperut itu. Hamman telah memaksa pengawal-pengawalnya untuk menyediakan sebuah kawah yang besar untuk mencampakkan Masyitah dan keluarganya yang ingkar dengan Firaun seandainya mereka tidak mahu kembali kepada Firaun. Masyitah bersama dengan suami dan empat orang anaknya termasuk seorang anaknya yang masih bayi dihadapkan ke hadapan Firaun untuk diberi kata dua sama ada hendak menyembah Firaun atau dicampakkan ke dalam kawah yangberisi air panas yang mendidih. Maka dengan tegas Masyitah dan suaminya tetap mempertahankan keimanan mereka dengan mengatakan Allah itulah Tuhanyang Esa dan Firaun hanyalah manusia biasa.Dengan keputusan itu, Hamman dengan tiada rasa peri kemanusiaan mencampaksatu persatu keluarga Masyitah ke dalam kawah yang berisi air panas yangmendidih. Sambih ketawa terbahak-bahak dengan nada yang menyindir, Hamman mencampakkan suami Masyitah dahulu diikuti dengan anak-anaknya yang lain.Masyitah melihat sendiri dengan mata kepalanya bagaimana anak-anaknya terkapai-kapai di dalam air yang panas menggelegak itu. Kini tinggal Masyitah dan bayinya yang akan dicampakkan ke dalam kawah tersebut.Syaitan membisikkan ke telinga Masyitah rasa was-was dan kasihan melihat anaknya yang masih kecil itu disiksa sedemikian rupa. Masyitah mula ragu-ragu samada hendak terjun ataupun tidak.

Tetapi dengan kekuasaanAllah, tiba-tiba anak yang masih bayi itu berkata-kata kepada ibunya,Masyitah : "Wahai ibu, marilah kita menyusul ayah, sesungguhnya syurgasedang menanti kita".Bila mendengarkan kata-kata yang sangat ajaib dari anaknya yang masih bayi itu, dengan rasa kehambaan dan cinta kepada Allah, Masyitah terjun bersama anaknya ke dalam kawah yang berisi air panas itu dan matilah merekasekeluarga demi mempertahankan iman mereka kepada Allah.Tetapi Allah tidak membiarkan manusia berbuat durjana sesuka hati. Allahdatangkan kepada Firaun, Hamman dan para pengawalnya yang membunuh Masyitahdengan azab siksa yang sangat pedih. Allah runtuhkan kerajaan Firaun dan Hamman mati di dalam runtuhan tersebut. Tentera dan para pengawalnya ditenggelamkan di dalam dasar laut. Mereka mati di dalam keadaan kafir.Sebaliknya Masyitah sekeluarga mati di dalam keadaan yang mulia dan bahagiadi dalam syurga".

Jika dilihat dan diperhalusi kisah ini, Marwa As-Syarbini dan Masyitah adalah wanita yang agung dalam mempertahankan agama mereka dan meruah mereka. Tidak hairanlah jika Rasulullah dipertontonkan makam Saidatina Masyitah yang disebut maqam yang mewangi walau tubuhnya hancur dimamah gelegak air kawah. tetapi haruman iman dan takwanya terus mekar mewangi. Moga Marwa As-Syarbini juga tergolong dari golongan wanita solehah yang syahidah.

" Ya Allah ya tuhan kami, betapa tingginya martabat Masyitah yang telah engkau letakkan di sisi engkau, maka jadilah kemuliannya bertebaran di bumi dan masih ada wanita2 dunia sepertinya. Dengan harapan dan rendah hati moga kami tergolong dari golongan ini. Matikan kami sebagai syuhada' AgamaMu, Amin..."

No comments:

Post a Comment