Saturday, April 9, 2011

Bangun dari Pembaringan..

Setelah sekian lama terlena dipembaringan, kelu lidah dalam bicara, bungkam dalam sukma, jiwa terendam dalam kedukaan, fikrah tercalar dengan pengasingan. Kini bangun merentas masa, mengendali jiwa kembali terarah, mencanai minda menyebar tsaqafah, mengalun  langkah dengan semangat permusafiran.


Saya bersyukur, permusafiran saya telah mengembalikan jiwa saya dan diri saya. Permusafiran buat saya membuka mata, menghidupkan mata hati yang tumpul dan mengembang minda saya yang  sesak tidak bernyawa. Lantaran lena yang panjang saya bertaubat, akal yang dianugerahkan Allah akan saya bajai dengan hikmah, bukan dibuai angan dan impian yang tiada penghujung. Hanya berpandu nafsu yang merosakkan,  yang menghilangkan kewarasan, yang mengaibkan kelakuan dan pertuturan. Saya tidak mahu menjadi manusia sebagaimana terpandang hinanya anjing kurap dijalanan. Saya bukan mahu jadi mulia tapi mahu jadi sebaik-sebaik ciptaan Tuhan untuk menghina diri hanya untuknya, berbakti abdi selamanya hanya untukNya. Bukan menagih Syurga ganjaranNya tapi hanya menagih belaian Kasih Sayangnya yang tidak pernah padam.


Saya kembali mahu bicara, bicara dari pengalaman dan pengamatan. Berkongsi rasa dan rahsia. Mengikat ukhuwwah fillah. Menjadi yang lemah kuat laksana gunung terpasak kemas dibumi. Mengintai 1001 Hikmah di alam ciptaan Allah. 

No comments:

Post a Comment