Monday, June 8, 2009

Anak Kecil...

Baru-baru ini ana menziarah ibu saudara, adik perempuan ayahanda ana. Pulang melihat anak kecil yang betah berkata-kata. Nadiah Firzanah, anak kecil yang sangat mulus dan jujur. Ibu Firzanah bakal melahirkan cahaya mata. Ana bertanyakan Firzanah sama ada menyukai kelahiran adiknya di suatu petang

" Anah, suka adik tak ? "

Firzanah mengangguk perlahan. " sebab apa Anah suka adik ?"

" Anah suka sebab............. adik boleh bagi semua orang seronok"
gembira barangkali, detik hati kecilku.

Seronok dan amat gembira ana melihat telatah cergasnya. Setiap kali kami bertemu dia wajib menyalami tanganku dan menciumi pipiku. Terasa benar kasih sayang anak kecil ini. Memeluk ana dengan akrab sekali. Mulutnya yang berceloteh bagai bertih jagung tanya itu dan ini menyebabkan ana tersenyum girang melihat tamsilan tarbiyyah ibunya. Bukan Firzanah sahaja cukup beradab dalam menjaga pergaulan begitu juga kakak dan abangnya, Izzatul Huda dan Izzuddin. Inilah tamsilam tarbiyyah seorang Ibu yang solehah dalam mendidik anak-anak mata rantai perjuangan Rasulullah. S.A.W.

No comments:

Post a Comment