Saturday, February 20, 2010

Generasi Perjuangan Bina Masjid

 
Barakah baynakuma !

   Sekejap sahaja masa berlalu, tika ana menulis post yang lepas selepas ana pulang dari Sarawak. Kira-kira 2 bulan yang lalu. dalam tempoh ni banyak perkara yang ana lalui tanpa dirancang. Peristiwa yang paling mengembirakan ana bila dengar ramai sahabat seperjuangan ana tika di maahad dulu, telah pun membina masjid. Ya Allah, bahagianya mereka kerana  telah mnyempurnakan sebahagian dari agama. Moga pertemuan mereka lahir generasi al-quran dan generasi Rabbani. Barakallahhu lakuma wa barakah alaikuma wa jama'a baynakuma fi khair untuk Hayati Abd Rahman, Maziyah Baderun dan juga Shamilatul Sobrini Abdullah. Sesungguhnya sahabat telah menyempurnakan anjuran Rasulullah SAW ke atas umatnya. Allahhu Akbar!

        Teringat ana ketika bertalaqi hadis dengan Dato Badaruddin yang kini telah Menjadi Sahibus Samahah Mufti Negeri Kedah. Ketika itu Al-Fadhil Ustaz mengajar ana dan beberapa orang sahabat yang bertalaqi di ruang pejabatnya setiap hari Rabu selepas solat Zohor hingga masuk asar. Selepas beliau telah dititahkan oleh Sultan Kedah untuk ke Pej Mufti beliau telah ana hubungi untuk mensahihkan berita perlatikannya. Belum sempat sana ajukan persoalan beliau dahulu bertanya natijah imtihan ana tika itu.  Dengan hati-hati  ana lontarkan persoalan yang terbuku, tanpa panjang bicara beliau dengan berat hati khabarkan berita yang menyatakan bahawa mungkin al-fadhil ustaz tidak dapat mengajar talaqi kami seperti biasa setelah dilantik menjadi Mufti. Pemergiannya ke jabatan mufti adalah untuk ummah maka baik untuk semua. Sedih hati ana hanya Allah yang tahu. A'lakullihal ana doa dalam hati masih ada ruang untuk ana belajar dengannya. Hadis yang dipelajari bahas paling panjang lebar ialah anjuran berkahwin bagi pemuda dan pemudi yang sudah mampu untuk bernikah. 

       Dalam pengajian dengannya ana dan sahabat-sahabat akan bergilir membaca dihadapanya. menyemak kesalahaan nahu dan sorof. Cara ini memberikan impak positif pada kami. Belajar menganalisi kelemahan diri. Apabila dibaca baris-baris teks pasti tertonjol kesilapan bacaan, nah apa lagi buah kritikan dan nasihat yang akan singgah disanubari kami. Al-fadhil Ustaz juga tak lokek dengan cerita-cerita yang melucu. Kadang kala bila tiba saat dia meluncur cerita kepayahan para Rasul dan sahabat serta tabi' dan tabii'n menuntut ilmu membuat hati tersiat menangis mengenang diri tidak setanding mereka. Balik kepada hadis yang kami pelajari, ana yakin ramai sahabat yang pernah mendengar dan membaca hadis ini. Mungkin yang pernah mengambil STAM dan membelek kutub Hadis pasti akan temui hadis ini. 

Rasulullah bersabda, bermaksud: "Wahai golongan pemuda! Sesiapa yang berkemampuan untuk al-baah maka hendaklah dia berkahwin kerana sesungguhnya perkahwinan itu lebih menundukkan pandangan dan memelihara kemaluan. Sesiapa yang tidak mampu maka hendaklah dia berpuasa kerana puasa itu penghalang baginya (daripada syahwat)." - (Riwayat Bukhari, Muslim, Tirmizi, Nasai, Abu Daud, Ibn Majah). 

dalam Pengajian dengan Al-Fadhil Dato' beberapa perkara yang ana dapat pengajaran :
  1. Pemuda dan pemudi dianjurkan bernikah kerana mengelakkan berlaku kemaksiatan dan fitnah. Tambahan kita merupakan umat ahkir zaman yang sentiasa terdedah dengan cabaran dan mehnah yang tidak pasti boleg didepani. Dengan perkahwinan juga mengelakkan penzinaan secara batin atau zahir.Ini  berdasarkan pada anjuran Rasulullah SAW kepada Pemuda pemudi Islam demi menjaga kesucian diri dan agama.
  2. Kebahagian sesebuah perkahwinan itu terletak pada batu asas pemilihan pasangan yang baik latar belakangnya, syaksiyyahnya dan tahap pendidikannya serta yang paling penting keyakinan dan ketaqwaannya pada agama.Ini juga resipi yang Rasulullah sebut dalam beberapa potong hadis.
  3. Kemampuan memikul tanggungjawab dari sudut nafkah zahir (kewangan, penyediaan tempat tinggal, penyediaan pengangkutan, pakaian dan segala keperluan) dan batin (hubungan kasih sayang, kemesraan dan hubungan kelamin) merupakan perkara utama yang amat perlu dititik beratkan sebelum menempuh alam perkahwinan. perkara ini telah dinyatakan dengan jelas Rasulullah SAW pada perkataan al-baah disamping diperbahaskan diperingkat ulama muktabar.
  4. Hubungan Ubudiyyah antara pasangan juga merupakan batu asas kesempurnaan kebahgiaan dalam rumah tangga, kerana rencah kehidupan rumah tangga yang akan dihadapi adalah tidak pasti. Hanya dengan iktan ubudiyyah menguatkan ikatan perkahwinan kerana bernikah adalah baiah antara manusia dan Allah. Baiah bahawa akan menunaikan kewajipan berkeluarga di samping tidak melupai tanggungjawab pada agama.
  5. Anjuran menundukkan pandangan ialah satu kaedah mengelakkan kemaksiatan kerana maksiat bermula dari memandang dan akan jatuh ke hati. Hatilah raja gerak laku kita. Maka hatilah tempat kita mentarbiyyah dengan menundukkan hawa nafsu yang sentiasa bersahabat dengan syaitan. Hati perlu sentiasa disucikan dengan taqarrub dan mujahadah. Proses yang dilalui mestilah melalui tarbiyyah ruhiyyah yang menhidupkan hati dengan amalan menuntut ilmu dan menghidupkan sepertiga malam.
  6. Kebahagiaan alam perkahwinan hanya dikecapi setelah segala ujian yang ditempuh meletakkan dustur iman dalam tiap jiwa.

           Senang hati dan tenang hati ana bila al-Fadhil menceritakan Hikmah perkahwinan, indah jika kita mengikut landasan syariat. Doa untuk akhowat senior ana di maahad yang pernah menjadi naqibah ana, semoga kalian cepat bertemu Jodoh ( K. Shahiroh, K, Mumtazah Mahmudah, K Intan safarina, K Helwiyaton, K Laila Ashaari,k Halimatussaa'diah, k ummu syakirah, K izzati, K Husna, K faezah, k Atikah dan semua yang tidak disebut) tidak lupa juga 17 ahlul bait naungan QURATUL AIN batch ana. Moga semua mendapat suami soleh dan anak-anak generasi al-quran. Kenangan di UQ buat ana kenal diri ana, kenangan di QA buat ana jatuh cinta pada perjuangan dan kenangan di QH menjadi ana tegar kenal permata dan kaca.

No comments:

Post a Comment