Saturday, December 4, 2010

HALA BUMI ASING

bismillahirrahmanirrahim


Bumi asing,
buat jiwa terubah
buat jasad diubah
ubah kerana apa
kerana kemodenan,
atau kerana warisan
atau kerana panji agama


berubahlah untuk akhirat
bukan untuk dunia
terbanglah sejauh mana merentas benua
tapi untuk ummah tercinta
demi agama
demi perjuangan
demi susur tarbiyyah tercinta

membumi tarbiyyah dimana jua berada
memahami manusia untuk tarbiyyah yang diredhoi
mencari dan terus mencari
menambah terus bertambah
mengenal dan terus mengenali
beramal untuk terus diamal
dan terpencak kukuh di perut bumi...

Thursday, September 16, 2010

Adakah lagi?

Ramadan berlalu pergi
Syawal telah menjadi tamu
penuh riang disambut di sana sini
ada juga menyeri dengan walimah a'rusaini
Moga diberkati untuk yang mengambil berkah dan mawaddah

Hanya allah yang tahu
Sedih di hati
Ramadan berlalu pergi
adakah ada untukku Ramadan yang dirindui?

Tuesday, July 6, 2010

Salam Kerinduan ..... AL-FATEHAH

                                        Ayahanda( Pak Cik Mohd Akaib) fathiyah dalam kenangan

     Ana kira telah sekian lama ana tidak menulis. Rindu pada penulisan terubat setelah kesihatan diri Allah kembalikan walaupun masih di dalam pemerhatian. Kali ini ingin ana hebahkan pada sahabat-sahabat yang mengenali Fathiyah Akaib , ayahandanya yang telah  ana ziarahi dan telah ana ceritakan pada post yang lepas telah kembali kerahmatullah-AL-FATEHAH.

Banyak kenangan ana dengan keluarga Fathiyah. Ayahandanya seorang yang berhati mulia. Ibunya seorang yang penyayang dan ramah.  Ana masih ingat ketika ana masih dibangku maahad, rumah pertama sahabat akrab yang ana ziarahi adalah rumah keluarganya. Ana tidak rasa terasing dirumahnya dan dilayan dengan penuh mesra ibarat keluarga sendiri. Kebaikan keluarganya tidak dapat ana lupakan. Banyak kenangan dan nostalgia yang yang tersemat kemas dalam ingatan ana ketika berada di kampungnya, ana masih ingat berjalan bersama Fathiyah di tepi bendang di kampungnya PIDA 8 KOKDIANG. Teringat bunyi motor ayahandanya yang pulang dari mencari rezeki.  Terkenang ana buaian dibelakang rumahnya, membuai diri dengan angin sepoi-sepoi bahasa yang membuatkan ana rindu suasana di kampungnya. Peristiwa yang paling ana tidak dapat lupakan ana terjatuh dari motor, ketika dia membonceng ana.Dua-dua luka, jubah coklet ana terkoyak besar. Semuanya tinggal kenangan. Ingin rasa berputar kembali ke masa itu.

Thursday, April 8, 2010

Kembara Kembali Bermula sekian terhenti....

Assalamualaikumwarahmatullah....

Siang tadi ana baru selesai menghadapi syafawi Al-Quran. Imtihan yang paling menggetarkan jiwa ana. Sepanjang hampir setahun ana tidak dapat melazimi hafalan dengan kudrat kesihatan yang kurang memuaskan.Ingatan semakin berkurang. Ana semakin lemah sejak 4 bulan yang lalu. Alhamdulillah berkat doa sahabat yang jauh dan dekat ana semakin stabil 2 minggu yang lalu. Doa kalian membuatkan ana lebih kuat untuk hadapi semua ini. Syukran jazilan buat ayah dan ummi yang sentiasa bersama ketika menghadapi saat getir ini. Terima Kasih buat adinda Tinta Qubnani dan Ananda Syahid yang sentiasa memberi semangat untuk kekandamu terus bangun dari kelemahan ini.

Dedekasi buat masyayeikh yang dicintai Dr Abou Sayyid dan Dr Muhammad Ibrahim yang dicintai yang telah pulang ke Bumi Mesir, mohon maaf tidak dapat mengiringi kepulangan kalian. Ketika itu ana sedang menghadapi saat genting melawan dan cuba untuk melalui proses penyembuhan.Tidak dilupakan juga dr2 lain yang banyak memberi semangat pada ana untuk bangun dan melalui proses penyembuhan dengan sabar. Mentor ana Dr Ibrahim Ali Ads yang juga pensyarah Qadhya Mua'sarah yang tidak lekang memberi semangat dan nasihat untuk ana supaya tidak berduka dengan apa yang berlaku. Allah sahaja yang dapat membalas jasa kalian semua.

      Insyaallah ana semakin kuat berdiri. Meneruskan perjalanan sebagai thullab ilmi dan dai' ilallah. Dalam kesempatan kesihatn yang semakin baik ana telah menziarahi sahabat yang telah pun berwalimah. Mabruk buat ukhti Suzanna dan Ustaz Khairul Naim, moga bait muslim dibina akan mekar digelanggang perjuangan.

      Alhamdulillah ana sempat menziarahi dan berkongsi derita sahabat Wardah  mad Noor yang telah sekian lama ditempatkan di hospital Sultanah Bahiyah. Derita buat ana bicara sendiri, setiap penyakit ada penyembuhnya. setiap kesukaran itu pasti jalan keluarnya. Melihat dia derita buat ana terfikir sendiri kuasa penyembuhan ada dalam diri, bertindak mengikut setulus murni kata hati yang sentiasa berdialog di malam hari dengan robbul jalil. Pasti temui syifa' Kata-kata itu ana bisikkan di telingan Wardah sebelum ana mengundur diri. Ana mohon dia disembuhkan dan Allah panjangkan usia ana untuk meniti hari-hari seterusnya. Ana juga turut menziarahi ayahanda Fathiyah mohd Akaib yang telah sebulan menjadi penghuni Hosp Sultanah Bahiyah kerana komplikasi buah pinggang yang kronik dan gaout. Dia sahabat dan juga teman ketika ana bermukim seketika di bumi maahad dulu. Seusrah bersama, ke sekolah bersama, serumah, sebilik dan selalu juga makan setalam. Itu dulu, sekarang semua makin dewasa membawa haluan arah tuju masing-masing tapi masih ada tautan hati dan masih sahabat sejati di dunia dan akhirat abadan abada.

p/s : Tiram, Insyallah ana kan siapkan kertas kerja khusus untuk Dai Insani: Panduan Fasilitator Muslim selepas ana tamat final exam. tq atas saranan anda.

Sunday, March 21, 2010

Da'i Insani

   Pada minggu lepas 17 Mac ana telah diminta untuk turun memberikan ceramah kepada Fasilitator yang telah diberi tauliah oleh Majlis Perwakilan Mahasiswa. Sebenarnya slot yang ana kendalikan diisi oleh Cikgu Sukarno, guru yang tidak asing lagi dari dunia fasilitator. Tetapi di saat-saat akhir beliau tidak dapat hadir. Pada petang sebelum hari program berlangsung adhoc menghubungi ana untuk mengisi slot tersebut. Pada awalnya ana menolak, kerana keadaan ana yang masih kurang stabil disebabkan demam, batuk dan selsema yang masih bersisa. Suara pun masih serak-serak. Ada orang kata suara bertukar menjadi suara itik dan ada yang kata pulak dah jadi suara mini mouse. Lucu pulak bila mengingatkan.

    Tajuk yang diberi " Pendedahan Dunia Fasilitator dan panduan menjadi Fasilitator Islam ". Alhamdulillah ana diberi kekuatan menyiapkan blue print kertas kerja yang agak ringkas. Ana cuba memberikan pendedahan mengenai dunia fasilitator merupakan dunia para dai' menyebarkan dakwah. Ana membawa peserta kembali pada sirah bagaimana Rasulullah mentaa'khikan para sahabat dalam menyebarkan dakwah. Disamping menekan supaya para fasi menyedikan bekalan ruhani untuk terjun dunia dakwah. Iaitu melalui proses tarbiyyah, kemudiannya proses tazkiyyah dan seterusnya proses tasfiyyah untuk pengukuhan jiwa para fasi dan juga sebgai dai'. 

Seterusnya teori Fasilitator Islam yang berjaya ialah dengan 10 I :
1- Ikhlas
2- Infaq
3-Itqan
4-Iltizam
5-Ihsan
6- Islah
7-Insani
8- ilahi
9-Idea
10-ikhwah

Panduan pula menyatakan sebenar siapa fasilitator iaitu sebagai murrobi, mursyid, muaddib,mua'lim, mudarris dan juga musleh. Seisi terakhir merupakan seisi soal jawab yang lebih kepada memberi ruang fasi memberi respon pada permasalahan.Kebanyakan soalan sekitar bagaimana berdakwah pada madu' yang berlainan agama.

Monday, March 8, 2010

Sebenarnya sudah sekian lama ingin ana coretkan sesuatu untuk tatapan kita bersama sempena Sambutan Kelahiran Rasulullah SAW. Bayak post sahabat sahabiyyah yang berbicara mengenai Rasulullah dan susuk peribadinya dan jalan risalah yang di bawa oleh baginda.

             Suatu malam, dalam bulan ini. Jiwa ana tercari-cari sesuatu untuk dijadika azimat motivasi diri yang serba kelemahan ini. Tika itu ana dirundung keletihan perasaan dan fizikal yang tidak dapat ana gambarkan. Seperti hilang citarasa serta semangat. Ana terus lontar bicara sama ayahanda yang ana cintai sepanjang hayat dunia dan akhirat. Ayahanda bicara penuh hikmah, memceritakan perjalanan-perjalanan perjuangannya diusia remaja yang seusia diri ana kini. Perjalanan yang berbeza dengan ana kini. Zaman yang berbeza, cara yang berbeza, mungkin juga kerana ana hanya seorang remaja perempuan yang kerdil tetapi berjiwa besar menakluki dunia dengan air tangan didikan ana. Harap menjadi realiti pada sustu masa nanti. Kalamnya menyentuh jiwa ana, bagai ingin putar kembali zamannya bertingkah di pentas mahasiswa. Ayahanda punyai qudwah yang amat ana kagumi tanpa ana sedari. Alangkah bahagianya ummi dikurniakan mujahid pejuang seperti ayahanda. Bukan ingin memuja tetapi inilah realiti yang ana lalui. Dalam bicara fikiran ana terus dibawa mengenali susuk tubuh peribadi Baginda. Ana tiba beralih arah kepada pengkisahan hidup Saydatina Khadijah Bintu Khuwailid yang digelar At-thahirah. Malam makin larut, ayahanda sudah tampak keletihan seharian diperjuangan. Sebelum tidur ana sediakan secawan susu untuk mengalas perut ayahanda agar tidur lebih selesa.

Agar ana tidak kesunyian ana pinta sebuah buku pada ayahanda untuk menjadi teman ana sebelum ana melelapkan mata. Ayahanda memberikan buku " The LOve stOry of Saydatina Khadijah ". ana baca ppenuh kekhusyukkan tanpa menyedari malam menjelang subuh. Jam menunujukkan 6 pagi.

Ana sempat mengkaji dan meneliti beberapa perkara mengenai Saydatina Khadijah :

  1. Mengapa Allah telah menetapkan Saydatina Khadijah menjadi Rasulullah SAw? Sedangkan ramai perawan tika itu yang meminati Rasulullah dan Khadijah juga ramai yang meminangnya ketika telah menjadi janda.
  2. Bagaimana percaturan muqaddimah khitbah yang telah Allah susun Pernikahan Khadijah yang begitu mulia dengan penuh ketatasusilaan dan diangkat menjadi ummul mukminun?
  3. Di usia 40 an bagaimana Saydatina Khadijah Menjaga kesihatan? Sehinggakan mampu melahirkan anak diusia 50 an. sungguh menakjubkan.
  4. Mengapa Rasulullah amat mencintai Saydatina Khadijah?
  5. Adakah masih ada akhlak semulia khadijah sebagai isteri pada dunia hari ini?
Insyaallah pada post akan datang ana akan kongsi bersama  mengenai Sayydatina Khadijah. sebelum mengakhiri cebisan coretan ini, ana susuli dengan bicara naluri ana :

Tatkala hati berlabuh kerinduan,
Kerinduan pada seorang lelaki yang aku cintai,
Biarlah apa bicara manusia,
Sememangnya rindu ini tidak dapat ku bendung,
air mata deras mengalir, rindu tidak tertahan,
menahan sakitnya rindu,
Rindu pada suami Saydatina Khadijah yang aku kagumi,

Aku dibelenggu kerinduan bayangan suaminya dan dia,
Indahnya dia bersama lelaki ini, bertuah dia
Menjadi isteri kepada penghulu Kenabian
Isteri penyampai Risalah Islam,
Menjadi Ibu yang penuh mengerti,
Kasish sayang yang tidak ada batasan,
Malah cintanya dan kasihnya makin mendalam sehingga hari ini,
Makin menikam hati seorang suami yang Yatim Piatu
sehingga Aisyah menjadi cemburu.
Dengan kasih yang diburu.

nukilan 5.00 pagi
Desa Tumpangan Permai

.....Anak Sulong SIMURA '10....

Alhamdulillah ana bernafas lega bila Program SIMURA selesai dilaksanakan dengan jayanya. Hampir 2 bulan bertungkus lumus bergelumang dengan team Simura merancang, menyusun, mengatur strategi dan memastikan program berjalan mengikut perancangan. Walaupun perancangan telah disusun dengan rapi masih ada masalah yang timbul disaat akhir. Itulah lumrah berprogram. Masa ini emosi dan rasional akan diuji. Tema program kali ini berbentuk Siyasah Syari'yyah. Suatu pendedahan dari pelagai sudut.

        Pada malam pertama diadakan Forum yang membincangkan kepimpinan Mahasiswa Islam. Hati ana agak berdebar dengan respon Penonton pada malam itu.Jumlah kehadiran amat membimbangkan kami team SIMURA. A'lakullihal malam tersebut jalinan perbahasan antara panelis cukup memberi input yang manfaat dari pelbagai sudut pandang pengalaman dan pengetahuan mereka. Penjelasan cukup ringkas, padat dan berisi penuh makna.

       Suasana makin panas bila terjahan ucaptama yang berapi dari Ahli Parlimen yang tidak asing lagi di tanah air. Beliau menyampaikan realiti Politik semasa negara. Ucapannya yang penuh semangat menjadi kita rasa berkobar-kobar menjadi generasi kepimpinan pelapis negara. Seterusnya slot bersama Pengarah Urusan HPA, yang memberikan pendedahan menjana ekonomi kemandirian mahasiswa islam. Slot seterusnya, Pendedahan Cikgu Azmi mengenai kepimpinan mahasiswa suatu masa dahulu memberikan kesedaran pada mahasiswa kini bahawa perubahan sesebuah negara letaknya pada tangan-tangan mahasiswa kerana segala langkah mahasiswa berani dan penuh dengan idealisme. Beliau juga turut men dedahkan bagaimana perancangan Yahudi mempengaruhi mahasiswa dalam gerakan mereka yang cukup teliti dan rahsia. Kemuncaknya sesi pembentangan oleh Saudara Dzulkhairi yang membincang tindakan mahasiswa dalam menguruskan kepimpinan masing-masing.

      SIMURA kali ini bagai kehadiran anak sulong yang disambut penuh kegembiraan bagi mahasiswa wilayah utara. Kehadiarannya banyak persediaan yang tidak dapat dilaksanakan. Munkin kehadiran anak kedua nanti lebih perlu teliti dan berhati-hati dalam mengurus dan perlu dilunasi lebih awal pada masa akan datang. Sambutan anak sulong ini membuahkan hasil yang memberi momentum yang besar pada gerakan mahasiswa kini. Maka mahasiswa yang bertanggungjawab perlu memikirkan kehadiran anak kedua yang berbeza metodelogi pelaksanaan program. Mungkin lebih kepada operasi membedah pemikiran dan strategi tokoh terkemuka seperti Bill Clinton, Barrack Obama, Muhammad Al-Fateh, Nuruddin Az-Zanki, Solehuddin Ayyubi, Umar Mukhtar, Zaynab Al-Ghazali. Maryam Jameelah dan ramai lagi, sama ada tokoh-tokoh luar negara atau dalam negara seperti SYed Naquib al-attas,Syeikh Wan Muhammad Saghir, Dr Wan Daud, Dr Burhanuddin Helmi, Syeikh Yusof Rawa dan ramai lagi. Dengan ini mungkin akan memberi pengembangan intelek yang lebih baik dan cemerlang.

Mungkin anda juga perlu lakukan sesuatu untuk sahabat-sahabat anda!
Tahniah team SIMURA kali ini..moga Allah sahaja yang dapat membalas segalanya.

Saturday, February 20, 2010

JOM PAKAT PI SIMURA!!!!!!!!

     Alhamdulillah, puji dan syukur pada Allah SWT dengan limpah nikmat dan inayahNya, yang telah mencurahkan nikmat iman dan Islam kepada kita serta selawat dan salam untuk Junjungan Mulia, Nabi Muhammad SAW dan keluarga baginda.
      Dewasa ini, sindrom ketidakpedulian di kalangan mahasiswa terhadap isu-isu kampus dan juga hal ehwal masyarakat kian kritikal dan membimbangkan. Situasi ini mendatangkan impak negatif di dalam membangunkan pemikiran yang kritis dan kreatif di kalangan mahasiswa dan menghasilkan satu generasi yang lemah dari aspek kepimpinan masa depan yang akan memimpin dan menguruskan masyarakat dan organisasi. Mahasiswa adalah generasi pelapis kepimpinan negara. Seharusnya mahasiswa lebih peka dan sensetif permasalahan senario semasa. Maka mahasiswa perlu untuk mendapat informasi dan perlu mengadakan perbincangan agar hala tuju dan kesedaran terarah.


      Di atas kesedaran ini, empat buah gerakan mahasiswa iaitu Persatuan Mahasiswa Darul Aman (PERSADA), Majlis Perwakilan Mahasiswa Insaniah, Gabungan Mahasiswa IPTIM Malaysia (GAMIM) dan Qiyadah Club bersepakat untuk menganjurkan Simposium Mahasiswa Islam Wilayah Utara 2010 (SIMURA 2010) bagi membincangkan segala permasalahan dalam mendepani cabaran dan krisis yang perlu diatasi oleh mahasiswa kini. Maka dengan segenap usaha untuk memberikan informasi yang terkini dan realiti kepada warga kampus, pihak penganjur berhasrat mengadakan program ini supaya akan lahir generasi pelapis kepimpinan negara yang berkaliber dan profesional. Disamping memberikan impak positif pada masyarakat kampus secara khususnya dan negara amnya.


      Simposium Mahasiswa islam Wilayah Utara 2010 (SIMURA ‘ 10) merupakan program yang menghimpunkan wakil Mahasiwa Islam bagi seluruh Institut Pengajian Tinggi di Wilayah Utara. SIMURA 10 memfokuskan kepada program ilmiah yang mendedahkan dalam pelbagai bentuk siri pembentangan kertas kerja dan forum khusus membincangkan aspek-aspek yang berkaitan mahasiswa secara langsung dan bertujuan membuka dan merubah minda mahasiwa Islam dalam mendepani cabaran globalisasi.


Dengan sepenuh harapan buah fikiran yang dilontarkan oleh tokoh-tokoh dalam SIMURA 10 dapat membuahkan resolusi yang akan memberi momentum yang besar pada perubahan gerakan mahasiswa islam yang lebih berintergriti dan progresif.


2. OBJEKTIF


2.1. Membina Kesatuan Dan Jaringan Hubungan Kemahasiswaan.

“ Menyatukan mahasiswa Islam dengan merapatkan persaudaraan dan perpaduan di kalangan mahasiswa Islam di seluruh Malaysia”



2.2. Kepimpinan dan keusahawanan


“ Menjana warga kampus yang berkeyakinan tinggi, matang dan intelek serta mampu berdaya saing untuk mendepani cabaran global”

2.3. Intergriti dan etika.

“ Menanam sikap intergriti dan etika yang tinggi didalam diri dan jiwa mahasiswa sebagai modal insan yang akan berperanan di alam kerjaya”


3. TEMA

"Mahasiswa Utara Memimpin Perubahan Negara"

4. ANJURAN

Persatuan Mahasiswa Darul Aman (PERSADA)

5. DENGAN KERJASAMA

Urusetia Belia Kerajaan Negeri Kedah

Majlis Perwakilan Mahasiswa KUIN (MPM)

Gabungan Mahasiswa IPTIM Malaysia (GAMIM)

Qiyadah Club (QC)



6. TARIKH / HARI

5 dan 6 Mac 2010

 
7. TEMPAT

Dewan Mentaloon, Kediaman Rasmi Menteri Besar Kedah, Alor Setar, Kedah


8. SASARAN

Mahasiswa Islam KAMPUS WILAYAH UTARA

Mahasiswa Kolej Universiti Insaniah




Jangan lepaskan peluang! Mari hadiri bersama. Keterangan lanjut lawati link http://www.simurakuin.blogspot.com/

Generasi Perjuangan Bina Masjid

 
Barakah baynakuma !

   Sekejap sahaja masa berlalu, tika ana menulis post yang lepas selepas ana pulang dari Sarawak. Kira-kira 2 bulan yang lalu. dalam tempoh ni banyak perkara yang ana lalui tanpa dirancang. Peristiwa yang paling mengembirakan ana bila dengar ramai sahabat seperjuangan ana tika di maahad dulu, telah pun membina masjid. Ya Allah, bahagianya mereka kerana  telah mnyempurnakan sebahagian dari agama. Moga pertemuan mereka lahir generasi al-quran dan generasi Rabbani. Barakallahhu lakuma wa barakah alaikuma wa jama'a baynakuma fi khair untuk Hayati Abd Rahman, Maziyah Baderun dan juga Shamilatul Sobrini Abdullah. Sesungguhnya sahabat telah menyempurnakan anjuran Rasulullah SAW ke atas umatnya. Allahhu Akbar!

        Teringat ana ketika bertalaqi hadis dengan Dato Badaruddin yang kini telah Menjadi Sahibus Samahah Mufti Negeri Kedah. Ketika itu Al-Fadhil Ustaz mengajar ana dan beberapa orang sahabat yang bertalaqi di ruang pejabatnya setiap hari Rabu selepas solat Zohor hingga masuk asar. Selepas beliau telah dititahkan oleh Sultan Kedah untuk ke Pej Mufti beliau telah ana hubungi untuk mensahihkan berita perlatikannya. Belum sempat sana ajukan persoalan beliau dahulu bertanya natijah imtihan ana tika itu.  Dengan hati-hati  ana lontarkan persoalan yang terbuku, tanpa panjang bicara beliau dengan berat hati khabarkan berita yang menyatakan bahawa mungkin al-fadhil ustaz tidak dapat mengajar talaqi kami seperti biasa setelah dilantik menjadi Mufti. Pemergiannya ke jabatan mufti adalah untuk ummah maka baik untuk semua. Sedih hati ana hanya Allah yang tahu. A'lakullihal ana doa dalam hati masih ada ruang untuk ana belajar dengannya. Hadis yang dipelajari bahas paling panjang lebar ialah anjuran berkahwin bagi pemuda dan pemudi yang sudah mampu untuk bernikah. 

       Dalam pengajian dengannya ana dan sahabat-sahabat akan bergilir membaca dihadapanya. menyemak kesalahaan nahu dan sorof. Cara ini memberikan impak positif pada kami. Belajar menganalisi kelemahan diri. Apabila dibaca baris-baris teks pasti tertonjol kesilapan bacaan, nah apa lagi buah kritikan dan nasihat yang akan singgah disanubari kami. Al-fadhil Ustaz juga tak lokek dengan cerita-cerita yang melucu. Kadang kala bila tiba saat dia meluncur cerita kepayahan para Rasul dan sahabat serta tabi' dan tabii'n menuntut ilmu membuat hati tersiat menangis mengenang diri tidak setanding mereka. Balik kepada hadis yang kami pelajari, ana yakin ramai sahabat yang pernah mendengar dan membaca hadis ini. Mungkin yang pernah mengambil STAM dan membelek kutub Hadis pasti akan temui hadis ini. 

Rasulullah bersabda, bermaksud: "Wahai golongan pemuda! Sesiapa yang berkemampuan untuk al-baah maka hendaklah dia berkahwin kerana sesungguhnya perkahwinan itu lebih menundukkan pandangan dan memelihara kemaluan. Sesiapa yang tidak mampu maka hendaklah dia berpuasa kerana puasa itu penghalang baginya (daripada syahwat)." - (Riwayat Bukhari, Muslim, Tirmizi, Nasai, Abu Daud, Ibn Majah). 

dalam Pengajian dengan Al-Fadhil Dato' beberapa perkara yang ana dapat pengajaran :
  1. Pemuda dan pemudi dianjurkan bernikah kerana mengelakkan berlaku kemaksiatan dan fitnah. Tambahan kita merupakan umat ahkir zaman yang sentiasa terdedah dengan cabaran dan mehnah yang tidak pasti boleg didepani. Dengan perkahwinan juga mengelakkan penzinaan secara batin atau zahir.Ini  berdasarkan pada anjuran Rasulullah SAW kepada Pemuda pemudi Islam demi menjaga kesucian diri dan agama.
  2. Kebahagian sesebuah perkahwinan itu terletak pada batu asas pemilihan pasangan yang baik latar belakangnya, syaksiyyahnya dan tahap pendidikannya serta yang paling penting keyakinan dan ketaqwaannya pada agama.Ini juga resipi yang Rasulullah sebut dalam beberapa potong hadis.
  3. Kemampuan memikul tanggungjawab dari sudut nafkah zahir (kewangan, penyediaan tempat tinggal, penyediaan pengangkutan, pakaian dan segala keperluan) dan batin (hubungan kasih sayang, kemesraan dan hubungan kelamin) merupakan perkara utama yang amat perlu dititik beratkan sebelum menempuh alam perkahwinan. perkara ini telah dinyatakan dengan jelas Rasulullah SAW pada perkataan al-baah disamping diperbahaskan diperingkat ulama muktabar.
  4. Hubungan Ubudiyyah antara pasangan juga merupakan batu asas kesempurnaan kebahgiaan dalam rumah tangga, kerana rencah kehidupan rumah tangga yang akan dihadapi adalah tidak pasti. Hanya dengan iktan ubudiyyah menguatkan ikatan perkahwinan kerana bernikah adalah baiah antara manusia dan Allah. Baiah bahawa akan menunaikan kewajipan berkeluarga di samping tidak melupai tanggungjawab pada agama.
  5. Anjuran menundukkan pandangan ialah satu kaedah mengelakkan kemaksiatan kerana maksiat bermula dari memandang dan akan jatuh ke hati. Hatilah raja gerak laku kita. Maka hatilah tempat kita mentarbiyyah dengan menundukkan hawa nafsu yang sentiasa bersahabat dengan syaitan. Hati perlu sentiasa disucikan dengan taqarrub dan mujahadah. Proses yang dilalui mestilah melalui tarbiyyah ruhiyyah yang menhidupkan hati dengan amalan menuntut ilmu dan menghidupkan sepertiga malam.
  6. Kebahagiaan alam perkahwinan hanya dikecapi setelah segala ujian yang ditempuh meletakkan dustur iman dalam tiap jiwa.

           Senang hati dan tenang hati ana bila al-Fadhil menceritakan Hikmah perkahwinan, indah jika kita mengikut landasan syariat. Doa untuk akhowat senior ana di maahad yang pernah menjadi naqibah ana, semoga kalian cepat bertemu Jodoh ( K. Shahiroh, K, Mumtazah Mahmudah, K Intan safarina, K Helwiyaton, K Laila Ashaari,k Halimatussaa'diah, k ummu syakirah, K izzati, K Husna, K faezah, k Atikah dan semua yang tidak disebut) tidak lupa juga 17 ahlul bait naungan QURATUL AIN batch ana. Moga semua mendapat suami soleh dan anak-anak generasi al-quran. Kenangan di UQ buat ana kenal diri ana, kenangan di QA buat ana jatuh cinta pada perjuangan dan kenangan di QH menjadi ana tegar kenal permata dan kaca.

Thursday, December 17, 2009

Secangkir Kasih Selautan Pengorbanan

Salam Sejahtera buat semua. Alhamdulillah kesyukuran ana rafa'kan kepada Allah kerana masih memberi ruang kepasa ana untuk mengecapi hidup sebagai mukmin. Maaf buat semua kerana telah sekian lama aa tidak mengupdate ruangan ini di atas sebab yang tidak dapat ana elakkan. Sebenarnya merindu ruangan ini untuk bertemu dengan sahabat yang melawati rruangan ini.

Selepas tamat peperiksaan akhir semester ana telah menghadiri suatu kursus iaitu ESQ 165 yang ditaja khas untuk pelajar INsaniah yang terpilih. Jika ana tidak ditaja ana perlu membayar sebanyak RM 800. Ana amat sukacita dapat melalui modul-modul yang di sediakan oleh pihak penganjur. Modul yang dapat ana kenal pasti ialah metodeologi kembali rasa bertuhan dan kagum dengan kebesaran Allah taala. Sebenarnya ingin ana senaraikan semu a proses modul yang ana lalui . Insyaallah di ruang dan kesempatan yang lebih baik ana akan coretkan buat tatatpan semua

"Hilang suatu nikmat untuk menjadi hamba yang berhati-hati tiap langkah di bumi " inilah kata-kata yang bermain di benak ana ketika mendapat panggilan dari ayahanda ketika ana masih dalam kursus. Bonda tercinta ana dimasukkan ke Hospitak Kulim Untuk menjalani pembedahan. Ketika fatrah ini semua perkara yang bonda galasi selama ini ana galasi selama lebih kuranhg 2 minggu. Sedari bangun seawal jam 4.30 pagi mengurusi rumah tangga dan menghantar adinda-adinda ke sekolah mengingatkan ana pengorbanan bonda tercinta yang banyak berkorban untuk kami sekeluarga.  bonda seorang guru dan juga menggalas taklifan daie, maka banyak perkara yang beliau urusi dalam hidupnya. Membesarkan anak-anak dengan didikan Islam. Mengurusi dan mendidik anak watan yang ISTEMEWA dan perlukan perhatian, membanting tenaga mengurusi organisasi dakwah menjadi bonda orang yangaamat istemwa dan tauladan terbaik buat diri ana. Entah ana tidak pasti adakah ana boleh mengurusi hidup seperti bonda dan menjadi seperti bonda. 2 minggu memang cukup mengajar ana erti kasih, korban, dan ketulusan dalam kehidupan seorang ibu. Paling menyayat hati ana sehingga menitis air mata ana yang susah untuk menitis melainkan hanya untuknya menitis di suatu petang ketika ana menziarahi bonda yang dalam pemerhatian para doktor dan jururawat. Disini ana coretkan kalam bonda buat tatapan semua " kalau apa-apa terjadi pada ummi urusi adindamu dengan baik, urusi keperluan ayahandamu dengan sempurna, ummi mohon kemaafan, doakan kesembuhan ummi" jiwa ana bagai tersentak bila ummi menghulur kalam sedemikian. Disamping itu , ada beberapa perkara yang penting yang bonda wasiatkan yang tidak dapat ana coretkan. Jiwa halus ana mula mengalirkan rasa dukacita tambahan wajah bonda yang yang tidak bermaya dan pucat menguning. Keesokkan pagi selepas menghantar adinda-adinda ana ke sekolah ana terus memcut laju menuju ke hospital kerana bonda dijangka akan memasuki dewan pembedahan jam 9 pagi. Ketika mengusung bonda ke dewan pembedahan dengan beberapa orang sister jurrurawat ana sempat menyalami bonda menghadiahklan ciuman kasih pada pipi bonda. Wajah bonda tidak boleh ana tatap lama, jika tidak pasti air mata mengalir laju kerana lagu dijiwa telah berlagu sendu. Subhnallah..hanya Allah sahaja mengetahui. Bagaimana berdenyut kencang jantung ana bila bonda dimasukkkan ke dewan pembedahan. Hanya kepada Allah ana berserah ketika itu. Alhamdulillah bonda selamat menjalani pembedahan.


Hari pertama bonda selepas dibedah bonda masih tidak sedarkan diri sehingga malam jam 9 malam ketika ana membacakan Al-quran di sebelah bonda. Tika itu bonda mula memberi respon membuka mata dan ingin meminum air. Ana terpaksa menahannya untuk meminum air. Ana minta dia bersabar menanti esok untuk meminum air. Wayar-wayar yang berselirat di dibadan bonda menjadikan ana berhati-hati ketika mengelap tubuhnya.

Lebih kurang seminggu bonda di hospital dan setiap hari ana akan ziarahinya waktu pagi dan petang. sehingga hari terakhir persekolahan ana perlu mengurusi dan mengambil adinda -adinda di maahad. disamping membereskan kerja-kerja dikampus yang belum sempat ana selesaikan seusai ana pulang tempohari.anketika itu ana ada masa lebih kurang seminggu bersaa keluarga.

Kemudiannya ana terus menyelesaikan misi program ke Sarawak selama seminggu. Maaf ana terpaksa berhenti di sini. Disis Ana ada urusan penting perlua ana habiskan. InsyAllah ana akan coretkan pengalaman ana di dalam program ESQ 165 dan pengembaraan ana di Sarawak. Salam Mahabbah untuk semua.

Friday, November 6, 2009

Imtihan dalam imtihan

Musim peperiksaan kali ini tidak ada bezanya seperti semester yang lepas. Cuma pada kali ini ana bersama adik-adik yang sentiasa ceria. Ada saja kelaku mereka yang mencuit hati ana. Kadang resah ana hilang bila bersama mereka. Kadang bebanan tugas dan tanggungjawab yang digalas mengundang keletihan dan keresahan tetapi bila pulang ke kamar 5-3 segalanya hilang. Bagaikan terbang di bawa angin lalu. Tampak juga betapa kukuh ukhuwwah yang terbina antara adik-adiku ini yang datang dari pelbagai jurusan sama ada dari pengajian Islam dan muamalat. Orang kata kalau berkehendakkan suatu itu nyata kukuh atau tidak perlu diuji.

Nyata teruji. Hari ini ana dan adik-adik di bilik ana hadapi peperiksaan serentak. Pada hari-hari yang lepas jadual peperiksaan kami tidak bertemu hari. Maka malam hari tidak semeriah semalam. Setiap malam sepanjang peperiksaan ada yang berjaga hingga ke awal pagi. Seperti bergilir-gilir berhirasah pula lagak mereka. Malam hari sebelum peperiksaan hari ini, kamar yang memuatkan seramai 12 orang bagaikan berpesta. Bila diteliti suasana bilik seperti siang  hari, sentiasa penuh dengan suara hafalan atau perbincangan. Macam-macam pula karenah mereka. tapi mereka tetap ceria. Cuma ana yang tidak boleh hadapi suasana " keceriaan" mereka. Dari pembaringan ana terus bangun membasuh muka. Jam menunjukkan 1.00 pagi. Ana baru terlelap kira-kira setengah jam. Keceriaan mereka buat ana terjaga. Ana juga turut sama-sama memnelaah buku.

Sesak juga kepala ana bila tidak dapat tidur yang efisen. Tawakal A'lallah bila terpaksa hadapi keadaan seperti ini. Setelah jam menunjukkan jam 3 pagi ana makin keletihan dan sesak dikepala kian bertambah, bukan kerana terlalu banyak menelaah tetapi kerana badan dan mata yang tidak rehat dengan sebaiknya. Tiba-tiba bilik jadi sunyi sepi. rupanya semua telah beriringan membawa diri ke bahtera keehatan. ana yang sedia kekuyuan terus meletakkan kepala pada sendal yang telah menjadi teman selama 3 tahun setengah di pusat pengajian. Lega rasa bila boleh merehatkan badan dan minda. Moga semua beroleh kejayaan. Amen

Wednesday, November 4, 2009

Tinta Sanubari untuk Nenda

Rasa keras sudah jari jemari ini untuk menulis. Sekian lama tidak mengupdate ruangan ini. Sekarang ini dalam fatrah genting (bagi yang rasa genting la) bagi mahasiswi seperti ana yang bergelut dengan larian terakhir sebelum menterjemah apa yang dipelajari ke ruangan peperiksaan akhir semester. Hakikatnya peperiksaan hanya untuk menilai dan bermuhasabah awal kepada kita agar terus berusaha menuntut ilmu dan beramal dengan Ilmu.


Jika sebut tentang ilmu, pelbagai pandangan dan perbahasan yang akan dibincangkan sama ada dari sudut positif atau negatif. Sebenarnya belajar bukan kiraan semester sahaja tetapi kiraan tiap saat dalam hidup kita. Bermula kita mengenali hakikat dunia, dari celik-celik, merangkak, bertatih, berjalan dan berlari semuanya kita lalui mulai proses belajar. Dalam hidup ana guru pertama ialah bonda tercinta ana. Disamping ayahanda dan nenda tercinta ana. Dengan merekalah ana mengenali matlamat hidup ana.

Bagaimana payah kehidupan ana di masa lalu dan masa kini, merekalah corong nasihat yang sering menyinggah di telinga dan sanubari ana. Semeter ana melangkah seribu kilometer bekalan pesanan dan nasihat untuk ana. Sejauh mana ana berlari sejauh itu mereka terus memerhati dan menasihati. Setinggi mana ana terbang melangit tinggi, setinggi itulah alunan kata-kata hikmah akan singgah dan menyentap hati ana.  Betapa kuatnya talian kasih yang mereka tebarkan pada ana, walau jauh mana ana berada hati ana tetap terikat dengan nasihat dan kalungan mutiara indah dari mereka.

Jiwa remaja mana tidak memberontak jika ditegur, semestinya akan melenting hangus. Kita akan rasa semua yang kita buat betul tapi sebenarnya bendul. Kita menilai sesuatu tika itu hanya perkara depan mata tidak melihat perkara jauh beribu batu dari pandangan. Itulah panahan orang tua dalam jiwa remaja.

Nenda Aishah yang banyak mengasuh ana menjadi insan kamil walaupun ana tidak sesempurna. Tiap kali mengunjunginya ada sahaja buah tangan akhlak yang nenda zaherkan tanpa ana sedari. Didikan nenda buat ana jadi manusia. Nenda hanya perempuan tua renta, tetapi jiwanya muda murni dengan Al-Quran. Dia juga guru Quran ana tika ana kanak-kanak kecil. Dulu ana selalu menangis bila membaca Quran depannya, bukan kerana malas tapi kerana terkesan teguran kerasnya ketika kesilapan ana dalam bacaan. Rotan sedia di tangan. Bukan untuk merotan tapi hanya untuk dijadikan penunjuk pada Quran ana.

Sepanjang penglihatan ana di bawah jagaan dan didikannya tidak pernah sekali dia meninggalkan bacaan Al-Qurannya selepas maghrib. Rupanya kerasnya ada hikmah. Baris-baris ayat yang nenda ajarkan ana terkenang hingga kini. Seperti Baru semalam mengaji dengan nenda. Rindu pula ingin mengaji dengan nenda. Nenda seorang yang penyayang. Jika ada buah-buah atau apa sahaja makanan yang dibeli nenda Hussin atau anak-anak nenda beli, pasti nenda akan simpan untuk sesiapa anak cucu yang tidak makan lagi. Katanya " simpan-simpan untuk orang dibelakang" Ingat dia pada semua. Tidak lupa seorang pun anak-anak dan cucu-cucunya. Jika hendak, teringin benar coretkan semua renca dan peristiwa dengan nenda. Kenangan bersama nenda tidak dapat cucunda lupakan dalam sanubari. 



Tahniah nenda mendapat cucu lagi! Sekarang telah punya 35 cucu 1 cicit. mungkin cicit akan bertambah setahun dua lagi. Doa moga nenda Aishah dan Nenda Muhammad Hussin sihat dan terus mentarbiyyah cucunda yang makin membesar dan nakal-nakal.(rasa ingin terus bersama nenda dalam membentuk diri menjadi diri seperti nenda)


SEKEPING HATI

Bicara hati :


Wahai Diri !


Mengapa sukar sekali mendidikmu.


Sukar benar..





Bicara diri :


Wahai HATI!


kau tahu mengapa kau sukar dididik?





Bicara HATI:


Wahai Diri!


Aku tidak tahu.





Wahai hati!


Kamu tidaK mengenal sebenar dirimu.


Hati dan diri

kamu berdua tidak boleh dipisahkan kerana kamu  dalam satu jasad
Hanya yang dapat pisahkan kamu adalah Ajal dan Maut
Maka jangan kamu berdegilmenerima kebenaran..
tenang dan akuilah kesilapanmu
jangan turutkan nafsumu

Wednesday, October 14, 2009

Salam Lebaran



Salam sejahtera buat teman-teman
Sudah lama tangan ana tidak menari menulis di ruanagan ini. Walaupun sudah di akhir bulan Syawal ingin ana ucapkan Kullu a'am wa antum bi kher buat guru-guru, teman-teman dan pensyarah-pensyarah:




  • Pusat Asuhan Abim, MasJid Negeri Selangor(sekarang sudah tiada lagi pusat ini)


  • Sek Keb Dato Hj Zainuddin


  • Sek Ren Islam DARIS. Sg Jagong


  • Maktab Mahmud A/S


  • Kolej Islam Darul Ulum


  • Kolej Universiti Insaniah


  • Sahabat di dalam GAMIS


  • Sahabat-sahabat di dalam PERSADA

Syawal kali ini cukup memberi banyak makna bagi ana yang serba kerdil ini.
 Hari Pertama :  seperti tahun-tahun yang lalu rumah ana memang sememangnya selepas solat hari raya menerima kunjungan sanak saudara yang jauh pertalian atau dekat pertalian. (mungkin Rumah Ini telah di bina untuk mengikat hati-hati manusia)




Sanak-saudara memenuhi ruang rumah pada hari raya pertama pada setiap tahun.



Bezanya tahun ini kaki tangan bahagian penyediaan makanan berkurangan. kedua-duanya sedang menuntut di Universiti Al-azhar. kaherah. Mesir.  Alhamdulillah masih tinggal adinda-adinda yang masih cergas sehingga ke awal bagi menyediakan makanan. Walaupun kesibukkan melanda, solat sunat hari raya tidak dilupakan.



Malam raya pertama pulang ke rumah nenda di Perak. telah menjadi rutin saban tahun raya kedua mesti pulang rumah Opah. Semalaman ana tidur dengan nyenyak. Keletihan teramat sangat.



Hari ke dua ana pulang ke Kedah tanpa bonda dan adinda-adinda tercinta kerana ada urusan yang perlu di urusi di kedah. Sebenarnya majlis himpunan keluarga Bonda yang diadakan pada hari tersebut juga tidak ana hadiri. Maaf bonda. Bukan kehendak anakanda. ana pulang setelah petang menyusul dan tiba di teratak kami lewat malam. Ana dengan ayahanda sahaja yang pulang.



Hari ketiga awal pagi ana telah menyusul ke Alor Setar, Dewan Sri Mentaloon  majlis Himpunan Anak-anak kedah. Pengisian program yang memberangsangkan.

Kenangan yang tidak dapat ana lupakan memangku adinda Syifa' Lutfiyyah yang selamat dilahirkan. Selamat dilahirkan di pagi syawal ketiga. Moga menjadi anak yang solehah. Jilul mansyud lil Islam.



Hari-hari seterusnya menhadiri majlis-majlis open house dan mjlis-majlis walimah. Pada hari raya ke 8 ana sudah pulang ke kampus walaupun pada hari tersebut sekali lagi ayahanda membuat Open House di office nya. Maaf ayahanda nakanda tidak dapat pulang.



Di kampus pulak ada saja majlis rumah terbuka di susun, Jamuan KUliyyah-kuliyyah dan kediaman-kediaman. Meriah cara nak periksa. Semua sibuk dengan mentelaah buku. Ujian akhir semester berderet-deret.



Moga ramadan dan syawal tahun depan dapat bertemu....

Thursday, August 27, 2009

RamadHan Yang dinanti..............

Sudah berabuk dan bersawang blog hamba ini. Ramadan telah menjengah 6 hari. Inilah hari yang sempat hamba menulis sepatah kata untuk tatapan semua.
Seharusnya jadual kita Di dalam Ramadhan Al-Mubarak sebegini.

  1. Bersahur ala kadar.
  2. Solat subuh berjemaah dan meneruskan dengan mathurat serta zikir-zkir pagi.
  3. Baca Al-quran dan duduk seketika menunggu waktu Isyrak dan bersolatlah dua rakaat. Jika melaksanakannnya seperti melaksanakan haji dan umrah dengan sempurna.
  4. Kemudian baca dan teliti bahan-bahan Ilmiah.
  5. Tiba waktu dhuha maka bersegera menunaikannya. Barangsiapa yang menunaikannya ia merupakan solat orang-orang yang bertaubat.
  6. Bersegera Solat lima waktu dan meneruskan dengan mengiringi solat sunat qabliyyah atau ba'diyyah. jika bekesempatan banyakkan baca Al-Quran.
  7. Berbuka dengan tidak terlalu banyak makan. kerana akan mengurangi semangat beribadah pada Allah.
  8. berkumpul dengan rakan-rakan atau ahli keluarga bersolat maghrib dan isya' bersama dan diteruskan dengan tarawikh.
  9. Jauhi berjaga larut malam dan jadikan malam untuk rehat dan beribadat disiang hari.
  10. Latih untuk bangun bersahur dan bersolat tahajud. Moga kita dapat beristiqamah di bulan-bulan yang lain.
Eloklah jika jadual ini kita dapat teruskan di bulan-bulan yang lain. Moga kita mendapat berkat Ramadhan.

Tuesday, July 21, 2009

Marwa dan Masyitah...

Hati ana diasak dan ditusuk sembilu bila sepucuk warkah siber tiba dimeja inbox ana. Atma ana tak keruan membaca baris demi baris warkah siber ini. Isi kandungannya menceritakan Marwa Al-Sharbini yang ditikam dengan kejam sebanyak 18 kali kerana mempertahankan jilbab islami yang menjadi personalitinya selama ini. Apa yang paling menyayat hati ana ibu muda yang mengandung anak kedua ini hanya mempertahankan diri dengan membuat pengaduan kepada pihak berkuasa Jerman di ruang sidang Kota Dresdan tapi pengaduannya di ambil enteng oleh pihak berkuasa Jerman, malah di diikam tanpa perikemanusiaan.

Walaupun begitu suaminya juga mempertahankan nyawa Marwa tetapi dia pula di tembak 0leh polis German berkali-kali dengan berdalih bahawa mereka tersalah sasaran. Malah peristiwa ini tidak sedikit pun menjadi tarikan media massa untuk diambil perhatian. Mungkin yang terbunuh ini hanya seorang muslimah yang di bunuh oleh orang barat yang anti Islam dan anti Muslim. Cubalah kita semua perhatikan peristiwa-peristiwa penyiksaan dan pembunuhan umat Islam yang diseksa di Penjara Abu Gharib yang tidak disiar, hanya selepas terbongkar segala pekung yang membusung setelah pecah segala tembelang dan tipu helah mereka atas kematian penduduk Falujah dan Najaf yang dibunuh kejam. Mereka menjadi manusia binatang yang sentiasa dahagakan darah umat Islam. Akal mereka tidak normal seperti manusia biasa kerana mereka telah dilatih sebegitu rupa.

Peristiwa pembunuhan Marwa al-Sharbini ini mengingatkan ana pada kisah Mashitah tukang sikat anak Hammam yang dicampakkan semua ahli keluarganya satu persatu tanpa ada perasaan belas kasihan. mari sama-sama ikuti perjalanan seorang syahidah :

"Inilah masanya untuk menguji Masyitah, seorang wanita yang lemah fizikalnyatetapi memiliki kekuatan jiwa yang luar biasa. Beliau dengan lapang dada menerima apa sahaja yang hendak dilakukan oleh manusia yang tidak berhatiperut itu. Hamman telah memaksa pengawal-pengawalnya untuk menyediakan sebuah kawah yang besar untuk mencampakkan Masyitah dan keluarganya yang ingkar dengan Firaun seandainya mereka tidak mahu kembali kepada Firaun. Masyitah bersama dengan suami dan empat orang anaknya termasuk seorang anaknya yang masih bayi dihadapkan ke hadapan Firaun untuk diberi kata dua sama ada hendak menyembah Firaun atau dicampakkan ke dalam kawah yangberisi air panas yang mendidih. Maka dengan tegas Masyitah dan suaminya tetap mempertahankan keimanan mereka dengan mengatakan Allah itulah Tuhanyang Esa dan Firaun hanyalah manusia biasa.Dengan keputusan itu, Hamman dengan tiada rasa peri kemanusiaan mencampaksatu persatu keluarga Masyitah ke dalam kawah yang berisi air panas yangmendidih. Sambih ketawa terbahak-bahak dengan nada yang menyindir, Hamman mencampakkan suami Masyitah dahulu diikuti dengan anak-anaknya yang lain.Masyitah melihat sendiri dengan mata kepalanya bagaimana anak-anaknya terkapai-kapai di dalam air yang panas menggelegak itu. Kini tinggal Masyitah dan bayinya yang akan dicampakkan ke dalam kawah tersebut.Syaitan membisikkan ke telinga Masyitah rasa was-was dan kasihan melihat anaknya yang masih kecil itu disiksa sedemikian rupa. Masyitah mula ragu-ragu samada hendak terjun ataupun tidak.

Tetapi dengan kekuasaanAllah, tiba-tiba anak yang masih bayi itu berkata-kata kepada ibunya,Masyitah : "Wahai ibu, marilah kita menyusul ayah, sesungguhnya syurgasedang menanti kita".Bila mendengarkan kata-kata yang sangat ajaib dari anaknya yang masih bayi itu, dengan rasa kehambaan dan cinta kepada Allah, Masyitah terjun bersama anaknya ke dalam kawah yang berisi air panas itu dan matilah merekasekeluarga demi mempertahankan iman mereka kepada Allah.Tetapi Allah tidak membiarkan manusia berbuat durjana sesuka hati. Allahdatangkan kepada Firaun, Hamman dan para pengawalnya yang membunuh Masyitahdengan azab siksa yang sangat pedih. Allah runtuhkan kerajaan Firaun dan Hamman mati di dalam runtuhan tersebut. Tentera dan para pengawalnya ditenggelamkan di dalam dasar laut. Mereka mati di dalam keadaan kafir.Sebaliknya Masyitah sekeluarga mati di dalam keadaan yang mulia dan bahagiadi dalam syurga".

Jika dilihat dan diperhalusi kisah ini, Marwa As-Syarbini dan Masyitah adalah wanita yang agung dalam mempertahankan agama mereka dan meruah mereka. Tidak hairanlah jika Rasulullah dipertontonkan makam Saidatina Masyitah yang disebut maqam yang mewangi walau tubuhnya hancur dimamah gelegak air kawah. tetapi haruman iman dan takwanya terus mekar mewangi. Moga Marwa As-Syarbini juga tergolong dari golongan wanita solehah yang syahidah.

" Ya Allah ya tuhan kami, betapa tingginya martabat Masyitah yang telah engkau letakkan di sisi engkau, maka jadilah kemuliannya bertebaran di bumi dan masih ada wanita2 dunia sepertinya. Dengan harapan dan rendah hati moga kami tergolong dari golongan ini. Matikan kami sebagai syuhada' AgamaMu, Amin..."

Sunday, July 19, 2009

Wanita itu...

Malam hening sekali. Sunyi mendakap suasana tika ini. Hatiku meratib tenang dalam keasyikkan. Tiba bahuku disentuh lembut. Mata rapat terpejam tadi ku buka perlahan. Ku mengalih arah ke kanan melihat sentuhan dibahuku. Wajahnya ku pandang, aku terpana keresahan. Indah dan santun sekali gerak lakunya. Senyuman manis melebar untukku. Wajahnya bersih sekali. Tanganku di pimpinnya membawa ke atas hamparan hijau, dia memberi isyarat kepadaku untuk terus bersamanya dalam bersolah. Senang saja aku menurutinya.


Lafaz ku teruskan merendam rindu yang tak keruan. Rindu mendakap izzah bertuhan. Lama kami bersama-sama dalam berpesta rindu pada Pencipta Rindu kami. Aku terus berteleku dan berdoa agar aku dan keluargaku di tetapkan iman dan terhindar dari kemaksiatan dan hukuman azab api neraka. Takut sekali mengalun bicara bertuhan. Takut rasa tidak beradab dengannya. Gementar risau mengadap Sang Raja Alam, risau adakah pertemuan lagi selepas masa indah ini?


Usai lama ku bermujadilah dengan Pemberi Rahmat aku, ku berpaling bersalaman dengan wanita mulus tadi. Erat sekali genggamannya. Aku mengangkat muka memandang wajah bersihnya. dia tersenyum indah. Bibirnya mula mengalun lemut sebuah bicara


" Wahai Anakku, lihatlah sesuatu dengan bijak dan cerdik akalmu. Jangan kau turutkan nafsu jahatmu, sentiasa perdengarkan kalam toyyibah di telingamu, susun lisan mu dengan kalamullah. Jujurkan dirimu dalam perkara kebaikan, serahkan dirimu pada Allah. Banyakkan sabarmu. Jangan rasa sempit dadamu jika dirimu diuji tapi damaikan hatimu dengan munajat padanya. Hati-hati dalam berbicara. telus hatimu bekerja untuknya. "


Terus mencium dahi ku dan kedua pipiku. Deras pula air mata ku mengalir seusai bicaranya padaku. Mungkin dia tahu, jiwaku telah sekian lama tak keruan menahan resah dan susah, rasa tak mahu melepas dakapannya. aku peluk rapat. Harum tubuhnya..


Akhirnya aku rebah kesedihan berpisah dengan wanita yang tidak ku kenali tadi. Dia melepaskan pelukan. Dia memandang dan tersenyum pada ku. Aku mahu bersuara tapi mengapa sukar terpacul dari bibirku. Aku sujud menahan sedih. Mohon dilenyapkan kesedihan. Ku kembali meratib dan berzikir. khali.terdiam dan bungkam kesedihan. bicara wanita itu menikam kalbu bila aku kembali mengingati butir bicaranya.


Sudah tibanya aku terus berseru pada khaliqku dan terus menyeru.

Saturday, July 4, 2009

Sinar Ukhuwwah........

Salam ukhuwwah......
Ana terusik apabila ada sahabat dari seberang menelefon ana setelah sekian lama menyepi dari khabar berita. Sudah berkali-kali ana bermesej dengan sahabat ini untuk bertemu dengannya apabila pulang ke Tanah Semenanjung. Sehingga tarikh dan waktu yang ana cuba aturkan untuk pertemuan kami. Bukan kerana apa, hanya bertemu mata dan berkongsi cerita serta buah fikiran. Dia sahabat yang ana kira hebat jiwanya, jika tidak dia tidak ditakdirkan terlempar jauh dari sahabat-sahabat yang hanya belajar dari Semenanjung. Tinggal dengan masyarakat yang sebahagiannya masih tidak kenal Keindahan Islam. Elok diatur masa dan waktu dia tidak dapat ke temu juga, dia kembali ke seberang tanpa ana bertemu mata dengannya mungkin dengan masa yang amat cemburu. Dia pulang ke semenanjung pun kerana ayahandanya jatuh sakit seterusnya menziarahi sanak-saudara yang sudah sekian lama ditinggalkan. Ana sedikit terkilan bila mesej menyatakan hal tersebut. Akur dan redho. Tapi jiwa ana memberontak tidak menerima alasan selagi ana tidak tahu hal sebenar. Melalui SmS yang dia hantar pada ana dia menyatakan dia kesuntukan masa untuk bertemu. hati ana keraguan. mustahil. mula dulu dia juga semacam gembira mahu bertemu. Ana terus mendail nombornya kerana terlalu rindu dengan sahabat seorang ini. Sebenarnya Rindu dan Cinta mendengar butir Hikmah yang luncur dari bibirnya. Rindu halaqah cinta kami, rindu gedung perbahasan antara kami, rindu wajah mulus sahabat ini menatapnya rasa semakin akarab dengan Khaliq kami, rindu perkongsian Hikmah antara kami. Dia di medan Sains Teknologi yang menutut pengkajian makhluk dan penciptaan benda baharu dan ana pula di taklif untuk hidup mati mengkaji syariatullah tapi kami dihadaf yang sama menghampar ilmu untuk Jill Mansyud Ad-Din dan untuk mendidik diri kami untuk menjadi Daie'ilallah.

Setelah berkali ana mendail akhirnya panggilan ana bersambut. Ana terus melimpahkan doa untuknya dan kami saling bertanyakan khabar. Rupanya ketika panggilanku disambut dia baru selesai menadah kitab dengan salah seorang guru kami di medan dakwah yang datang dari Semenanjung. Seronok benar dia bercerita tentang Pengajian yang sedang dia ikuti yang berlangsung selama seminggu. Ana terus memberi buah keras menyatakan ketidakpuasan hati ana mengapa dia kembali ke bumi seberang tanpa bertemu ana tapi masih bernada kinayah dan lemah lembut. Dia terdiam lama. Seperti ada sesuatu yang terbungkam didadanya. Ana menanti dengan kesabaran, cuba memahami dirinya. Mungkin dia belum bersedia agaknya untuk memberitahu alasannya. Ana cuba bertanya hal akademik dan kegiatan dakwahnya di kampus setelah sepi lama di hujung talian , dia menjawab acuh tak acuh sahaja, bila bercerita tentang kegiatannya dia cuba untuk mengelak dari menjawab soalan ana. Hati ana terdetik seperti ada yang tidak kena. Ana mula buka cerita kehidupan ana di kampus serta serba sedikit aktiviti yang ana ikuti.

Akhirnya dia membuka pekung di dada. Dia merasa ditinggal jauh oleh sahabat-sahabat lain hanya kerana fahaman kami yang berbeza sedangkan menggunakan silibus yang sama mungkin metodelogi juga yang berbeza. Sudah sedemikian, bila dia cuba berhubung dan berkomunikasi kembali dengan sahabat yang lain untuk berkongsi rasa dan buah fikiran dia di kecam hebat kerana fahaman kami yang berbeza. Ana cuba meneka mungkin sebab itu dia tidak mahu bertemu muka dengan ana. Sangkaan ana tepat. Dia mengiyakannnya bila ana meluncurkan sangkaan ana padanya. Ana kembalikan kepercayaannya pada sebuah ikatan persahabatan yang terbina sekian lama, bertemu kami di dalam halaqah cinta Agama. Makan, minum berkongsi bekas, tidur sebantal bahkan kadang kala sebagaian keperluan hidup kami sebgai pelajar ketika itu dikongsi dan berkongsi juga rasa dan perasaan , tika kami sama menjadi Pencinta Halaqah Cinta Agama. ketika itu cuba peha kanan peha kiri terasa. Bak kata pepatah " Lurah sama diharungi, gunung sama didaki" indah sekali a'laqah kami detik itu. Sama-sama merentas jalan ke sekolah, sama-sama menadah kitab di Pengajian Talaqqi.

Jika kita berbeza pendapat jauhi dari perbalahan yang berpanjangan. Kembalikan kepada perdamaian. Jadikan perbezaan pendapat itu titik percambahan minda dan buah fikiran serta mematangkan kita. Bukan menyemarakkan api permusuhan dan terus memutuskan tali persaudaraan. Perbalahan dan khilaf dalam pendapat akan tetap berlaku dari zaman ke zaman. Jika dilihat zaman para sahabat Rasulullah S.A.W, mereka juga mempunyai perbezaan pendapat tetapi sikap mereka yang mencari jalan kebenaran dan nas yang paling soheh dalam menyatakanperkara yang haq, malah mereka tidak mencaci maki pendapat yang tidak betul atau benar disamping mereka mengutarakan dengan kebijaksanaan tanpa menyinggung pendapat individu lain sama ada di belakang atau di hadapan individu tersebut. Bagitu juga dengan para Fuqaha, Imam Ahmad juga berbeza pendapat dengan Imam Hambali Dan Imam Hanafi serta Imam Syafie'e, tetapi perbezaan pendapat mereka membawa rahmat pada semua lapisan masyarakat yang bermazhab dengan mazhab mereka.

Kita juga perlu saling berlapang dada dalam perkara-perkara khilaf. Kadang kita perlu lihat apa yang dia kata tetapi tak perlu lihat siapa yang berkata, kadang juga perlu lihat siapa yang berkata selain lihat apa yang dia kata. Timballah dengan iman dan akal yng sihat. Hanya kerana kita berbeza pendapat kita bermusuhan, sedangkan musuh Islam seronok melakar strategi untuk musnahkan Islam dengan apa yang berlaku dan apa yang kita laku. Setiap dari kita pemimpin diri, masyarakat dan ummah sejagat. Gerak laku kita sering dipandang dan dijadikan Qudwah. Hanya kerana ikatan aqidah kita bersatu, jika kita merungkaikan ikatan ini maka kita juga merungkai ikatan hati kita dengan Rabbul Jalil. Kembalikan Sinar Ukhuwwah dan Silaturrahim. Kembali lihat hadis yang telah ana nyatakan dalam penulisan yang lepas.

Saturday, June 20, 2009

Bismillahirahmanirrahim............


Sudah sekian lama ana tidak menjengah warkah cyber ini. Tika ana mencoret tinta ini, semalaman ana berfikir mengenai,
Sabda Rasulullah S.A.W " Tiada beriman seorang kamu hingga dia mencintai untuk saudaranya apa yang ia cintai untuk dirinya."


Jika dilihat pada susana hari ini kita semakin renggang dalam mengeratkan tali sillaturrahim dan kasih sayang. Kita makin hari sibuk berkomunikasi dengan pelbagai lapisan masyarakat tapi kita tidak berusaha berkomunikasi dengan ajaran Islam. Beradab dab bersantun. Dalam hadith ini Rasullah menyebut kesempurnaan iman seseorang dan kecintai seorang mukmin terhadap saudaranya. Cinta yang didasari oleh agama bukan kepada perikemanusiaan semata-mata.


Dengan saling mencintai satu sama lain antara mukmin akan mengekalkan kita dalam Islam dan kembali meneguhkan kita dalam iman. Cinta iti membawa kepada perolehi kebaikan dan manfaat untuk individu dan Islam itu sendiri. Bahkan ia merupakan fitrah kemanusiaan.
InsyaAllah ana akan sambung lagi perbincangan ini.........